Tuesday, October 6, 2009

Influenza A (H1N1)

Lindungi diri anda!


sila klik untuk paparan lebih besar



Apakah itu penyakit Influenza A (H1N1)?

Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis virus baru. Virus ini terhasil dari mutasi gene virus influenza babi, burung dan manusia.



Apakah tanda dan gejala penyakit ini?

Gejala awal jangkitan ini adalah mirip selesema, seperti demam, batuk, sakit kepala, sakit badan, sakit tekak, selesema dan kadangkala muntah-muntah atau cirit-birit.



Bagaimana kita boleh dijangkiti?

Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin. Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan (surfaces) atau tersebar ke udara. Seterusnya, seseorang akan dijangkiti sama ada melalui pernafasan, melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.



Jika anda dijangkiti virus ini,
  • segera dapatkan rawatan daripada doktor.
  • untuk mengelakkan jangkitan kepada orang lain, tutup mulut dengan tisu atau sapu tangan apabila batuk dan bersin. Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun.
  • tinggal di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain. Elak menyentuh mata, hidung, dan mulut.
  • elakkan daripada pergi ke tempat awam yang sesak.
  • jangan gunakan pengangkutan awam untuk megelakkan jangkitan kepada orang lain.



Bagaimana anda boleh menghindari jangkitan penyakit ini?
  • jauhi orang yang nampak tidak sihat dan menghidapi demam dan batuk.
  • kerap cuci tangan dengan air dan sabun.
  • elak menyentuh muka, khususnya hidung dan mulut untuk mencegah kemungkinan jangkitan.
  • jika anda berada di tempat dilanda penyakit ini elakkan berada di tempat awam yang sesak.
  • ketahui situasi semasa penyakit ini dan langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil.
  • amalkan cara hidup sihat. Dapatkan tidur yang cukup, makan secara sihat dan lakukan aktiviti fizikal.



sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
penulis : Nurul Ihsan Nasiruddin


No comments:

Post a Comment