Tuesday, June 23, 2009

JERAWAT


Apa itu ACNE?

Acne ialah satu istilah yang digunapakai berkaitan dengan masalah kulit iaitu berkaitan dengan liang roma tersumbat (bintik hitam dan putih), jerawat, bintil minyak yang biasanya berlaku di kawasan muka, tengkuk,dada, bahahagian belakang badan dan kadang-kala bahu.

Apa itu JERAWAT?

Jerawat ialah masalah atau keradangan kecil yang berlaku pada kulit. Kebiasaanya terhasil daripada liang roma yang bermasalah serta tersumbat. Jerawat biasanya mengambil di bahagian berlakunya bintik-bintik hitam dan putih yang telah mengalami jangkitan.

Jerawat selalu dikaitkan dengan kehidupan remaja. Mana tidaknya, zaman remaja dikatakan permulaan berlakunya jerawat atau pun jerawat dikaitkan dengan perubahan kanak-kanak menjadi remaja (baligh). Pada waktu inilah kulit melakukan fungsi untuk mengimbangi kadar perubahan hormon yang berlaku ketika mencapai akil baligh. Meskipun begitu, terdapat juga orang dewasa yang mengalami masalah ini. Tidak kurang juga masalah ini berlaku di kalangan wanita yang mengalami kitaran haid oleh sebab penurunan dan kenaikan kadar hormone (hormone surge) sebelum atau selepas kitaran yang menyebabkan minyak berkumpul di liang.




Apakah penyebab Jerawat?

Kulit kita mempunyai berjuta-juta liang roma. Liang-liang roma ini dihubungkan dengan kelenjar minyak. Apabila kelenjar-kelenjar minyak ini tersumbat oleh bakteria atau lain-lain partikel, atau pun setelah penghasilan kulit mati yang tertinggal apabila pembaruan lapisan kulit yang sentiasa berlaku yang mana menyebabkan sel-sel kulit mati ini digam bersama oleh sebum. Ketika waktu ini, kulit muka menjadi lebih tebal setelah akil baligh. Ini menyebabkan berlakunya penyumbatan kelenjar minyak dan sebum dihasilkan dengan banyak di blakang bahagian yang tersumbat tadi. Sebum ini juga mengandungi pelbagai jenis bacteria termasuklah daripada spesis Propionibacterium acnes. Ini mendorong sel-sel darah putih yang mana mempunyai kuasa anti-bakteria untuk segera bertindak di kawasan-kawasan terlibat.


Mengapa jerawat berwarna merah?

ini adalah kerana keradangan kulit disekitar kawasan yang mengalami jangkitan oleh sebab aktiviti sebum dan juga bakteria


Mengapa ada jerawat yang berwarna putih?

Ini adalah disebabkan faktor-faktor yang terdapat dala sel-sel darah putih yang digunakan untuk mengatasi masalah jangkitan bakteria di kawasan tersebut.



10 cara popular mengurangkan masalah jerawat

· Kurangkan pengambilan kopi – kopi boleh menaikkan peratus berlakunya jerawat. Pastikan pengambilan kopi adalah berdasarkan keperluan sahaja.

· Diet yang sihat – Sepertimana kulit, juga seperti bahagian-bahagian lain dalam badan, memerlukan diet yang sihat. Meskipun banyak kajian menunjukkan peratusan diet yang tidak mempengaruhi jerawat, kekacang dan coklat banyak member kesan.

· Bersihkan kulit – terutamanya ketika keadaan beremosi atau tidak stabil. Cuba untuk mencuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari menggunakan pencuci muka anti-bakteria yang disyorkan oleh pakar perubatan.

· Berhenti atau kurangkan rokok – secara statistiknya, rokok dibuktikan memburukkan lagi keadaan jerawat

· Pemakaian ubat-ubatan secara berterusan – apabila pertama kali memilih ubat-ubatan jerawat (yang disyorkan ), pastikan menggunakannya secara berterusan dan tidak bermusim. Jika tidak, keadaan jerawat agak susah untuk dibaik pulih dan memerlukan masa yang lebih panjang

· Syampu rambut anda selalu – jika anda mempunya jerawat di kawasan rambut atau depan kepala. Jerawat jenis ini terhasil daripada aktiviti sesetengah asid lemak.

· Bersenam selalu – bersenam mengurangkan stress dan meningkatkan kadar pengambilan oksigen kepada kulit dan ini dapat mengurangkan jerawat

· Mandi selepas habis bekerja – selepas bekerja atau bersenam, peluh apabila bergabung dengan minyak pada kulit boleh memerangkap habuk dan bacteria.

· Tanggalkan Makeup sebelum tidur – untuk sesetengah wanita, ini selalunya berlaku. Jangan sesekali tidur dengan muka dihiasi makeup. Ini boleh mengakibatkan liang roma tersumbat dan memburukkan lagi keadaan.

· Minum air secukupnya – minum seberapa banyak gelas air dalam sehari untuk mengalirkan keluar toxin dalam badan dan kulit.






Nota tambahan-

“Penjagaan muka memainkan peranan penting dalam memastikan kesihatan kulit muka terjaga. Ini termasuklah dengan menggunakan kaedah yang betul semasa mencuci muka dan tidak secara semborono..” - Dr Balqis (Klinik pakar kulit DR Balqis, Khota Bharu)

“Seharusnya, pesakit yang yang mengalami masalah ini hendaklah berjumpa dengan pakar-pakar perubatan sebelum mengambil langkah sendiri untuk mengatasinya, kerana ada di antaranya merupakan masalah kecil tetapi apabila dicampurkan dengan ubatan yang salah, akan menjadi lebih teruk..” – Dr Azmi (Dermatologist Hospital Besar Kota Bharu serta Klinik pakar kulit PUNCHO,Kota Bharu)

7 comments:

  1. nak tanya kalau nak rujuk masalah kulit ni boleh tak cadangan tempat dekat area KL. Tq! email pelz..muslimahanggun09@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. saya bmslah jerawat n da lme da..blh cdgkn mn2 the best klinik pkar kulit area pntai tmur,trengganu lg ok klu ade..yg mghrp..:-) plez e-mail : princesmiles07@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. masalah jerawat bleh x d selesaikan dgn injection viatmin c?

    ReplyDelete
  4. nak tanya kalau nak rujuk masalah kulit ni boleh tak cadangan tempat atau klinik pakar dekat area KL. Tq! email pelz..bri5659@yahoo.com

    ReplyDelete
  5. Salam.. Berapa Kos untuk rawatan muka berjerawat di klinik swasta biasanya?

    ReplyDelete