Shingles boleh menyebabkan kesakitan yang amat sangat tanpa diketahui punca dan sebab pada mulanya. Tetapi apabila lepuhan mula keluar di sebelah bahagian badan anda, ia lebih mudah di kesan sebagai Shingles.
FAKTOR PENYEBAB SHINGLES
Shingles disebabkan oleh Varicella-zoster virus, virus yang sama yang menyebabkan Chickenpox (demam campak). Varicella-zoster adalah salah satu virus dari kumpulan Virus Harpes yang boleh menyebabkan penyakit lain seperti kudis buta dan jangkitan kelamin.
Virus - virus ini 'bersembunyi' di dalam sistem saraf selepas jangkitan pertama. Ia bersifat diam tidak aktif sebelum aktif semula selepas beberapa tahun dan menyebabkan jangkitan lain pula berlaku.
Setiap individu yang pernah dijangkiti Chickenpox berpotensi untuk dijangkiti Shingles. Jika immun sistem anda tidak mampu memusnahkan kesemua virus semasa Chickenpox (jangkitan pertama), virus-virus yang tidak musnah tadi akan tertinggal dan 'bersembunyi' di dalam sistem saraf selama beberapa tahun. Kemudian, virus-virus ini menjadi aktif semula dan melewati saraf-saraf dalam badan sehinggalah ia sampai ke kulit dan menghasilkan Shingles (jangkitan kedua).
Penyebab kepada pengulangan jangkitan ini masih tidak diketahui. Tetapi ia mungkin disebabkan oleh immuniti yang kian rendah apabila meningkatnya umur kerana Shingles biasanya berlaku dikalangan golongan lewat dewasa dan pesakit berimmuniti rendah.
SIMPTOM-SIMPTOM
Tanda-tanda dan simptom Shingles termasuklah :
- Bahagian badan terasa sakit, perit, berdenyut-denyut, kebas dan sangat sensitif pada sentuhan.
- Ruam merah mula keluar beberapa hari selepas rasa sakit di bahagian tersebut.
- Lepuhan berisi cecair. Apabila lepuhan tadi pecah, ia akan berkerak.
- Kegatalan
- Demam
- Sakit kepala
- Sakit perut atau abdomen yang kurang menyenangkan
Selalunya ruam dan lepuhan Shingles berlaku pada sebelah badan sahaja. Ini adalah tanda penting dalam mendiagnos Shingles. Sebagai contoh ia akan timbul bermula dari bahagian tengah belakang badan, tepi dan sehingga ke tulang dada. Ia juga mungkin timbul di leher, muka atau kulit kepala.
Kesakitan adalah simptom pertama Shingles. Pada sesetangah individu, bahagian tersebut mungkin amat sensitif pada sentuhan i.e; sentuhan yang sedikit menyebabkan kesakitan yang amat. Rasa sakit tersebut mungkin boleh di salah tafsir sebagai penyakit lain seperti appendicitis, sakit hempedu ataupun batu karang. Sesetangah pesakit mengalami kesakitan sahaja tanpa ruam yang menyusuli. Simptom seperti ini kadangkala merumitkan proses diagnosis.
Walaupun ruam Shingles menyamai Chickenpox, virus selalunya menyebabkan lebih kesakitan dan kurang rasa gatal berbanding Chickenpox.
KOMPLIKASI
Kesakitan yang berterusan mungkin dirasai oleh 1/5 orang yang dijangkiti Shingles biarpun ruam dan lepuhan sudah pulih sepenuhnya. Kondisi ini dikenali sebagai Posttherpetic Neuralgia.
Apabila anda mengalami Posttherpetic Neuralgia, saraf yang rosak menghantar mesej kesakitan yang salah dan berlebihan daripada kulit ke otak. Ini menyebabkan kulit tersangat sensitif pada sentuhan walaupun sentuhan yang sedikit seperti angin yang bertiup mahupun pakaian yang dipakai. Ubat tahan sakit mungkin boleh membantu mengurangkan rasa sakit sehingga masalah pulih.
Shingles juga boleh menyebabkan komplikasi-komplikasi lain seperti jangkitan pada otak ataupun masalah neurologi yang lain
Jika Shingles timbul di kawasan muka, ia boleh menyebabkan masalah pendengaran dan kebutaan yang sementara atau selama-lamanya. Lumpuh di bahagian muka juga boleh berlaku.
Jika lepuhan tidak dirawat dengan baik, ia boleh menyebabkan jangkitan kuman dan lain-lain masalah kulit.
INDIVIDU BERISIKO
Setiap individu yang pernah dijangikiti Chickenpox adalah berpotensi untuk dijangkiti Shingles. Bagaimanapun ianya biasa berlaku dikalangan golongan lewat dewasa dan orang tua.
Golongan yang mempunyai immuniti yang rendah seperti pesakit HIV/AIDS, pesakit yang menjalani rawatan seperti steroid, kemoterapi atau radiasi, dan juga pesakit yang pernah mengalami kanser tulang ataupun limfa juga amat berpotensi dijangkiti Shingles. Kebanyakan individu hanya akan dijangkiti Shingles sekali seumur hidup namun potesi untuk lebih dari sekali juga ada.
Pesakit Shingles boleh merebakkan Varicella-Zoster virus kepada induvidu lain yang tidak pernah dijangkiti Chickenpox sebelum itu apabila bersentuh secara terus dengan ruam ataupun lepuhan pesakit Shingles. Walaubagaimanapun, individu tersebut akan dijangkiti Chickenpox (jangkitan pertama) dan bukanlah Shingles. Jangkitan akan menjadi lebih teruk jika mempunyai immuniti yang rendah.
Varicella-zoster virus tidak akan merebak kepada individu yang mempunyai immun sistem yang baik dan pernah mengalami Chikenpox.
Jika anda dijangkiti Shingles, elakkan diri anda dari bersentuh dengan individu-individu berikut sehingga lepuhan anda pulih sepenuhnya :
- Individu yang belum pernah dijangkiti Chickenpox
- Individu yang mempunyai sistem immuniti yang rendah
- Bayi baru lahir
- Wanita mengandung
BILA PERLU BERJUMPA DOKTOR
Hubungi doktor anda secepat mungkin jika anda disyaki dijangkiti Shingles terutama jika anda mengalami situasi berikut :
- Kesakitan dan ruam timbul berdekatan dengan mata kerana dikhuatiri akan menjadi buta selama-lamanya jika tidak dirawat.
- Jika anda atau ahli keluarga anda mempunyai sistem immuniti yang lemah seperti kanser, penyakit serius ataupun mengambil ubatan yang merendahkan sistem immuniti.
- Ruam merebak luas dan berasa sakit.
sumber : www.mayoclinic.com
penterjemah: ismisyakila
No comments:
Post a Comment