Apakah itu cirit -birit?
Cirit-birit adalah masalah sistem pencernaan yang disebabkan oleh :
- jangkitan kuman seperti virus,bakteria dan parasit
- alahan makanan
- ubat-ubatan
- pengawet makanan
- pemakanan kimia
Organisma yang boleh menyebabkan cirit-birit berlaku ialah melalui pemakanan makanan dan air yang tercemar. Di anggarkan terdapat 4000 juta kes cirit-birit yang berlaku di seluruh dunia pada tahun 1996 yang menyebabkan 2.5 juta kematian.
Tanda-tanda
Bagaimana saya mengetahui yang saya mengalami cirit- birit?
Cirit-birit didefinasikan sebagai najis yang lembut atau berair yang lebih kerap dan banyak daripada biasa. Ia akan diikuti dengan tanda-tanda lain seperti :
- Sakit dan kekejangan perut
- Loya dan muntah
- Keletihan
- Demam
Komplikasi
Adakah cirit -birit berbahaya?
Cirit-birit yang teruk mengakibatkan dehidrasi (kekeringan akibat kehilangan air) dan sekiranya mengandungi darah ia dikenali sebagai disenteri. Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kematian.