Saturday, October 24, 2009

Berdengkur?

Apa itu berdengkur?

Berdengkur adalah bunyi bising semasa bernafas, apabila sebahagian daripada saluran pernafasan atas seseorang tersumbat. Ia berlaku apabila terdapat sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung seseorang.

Bunyi itu dikeluarkan apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar di antara satu sama lain. Berdengkur bertambah kerap mengikut umur dan biasanya tidak membahayakan.


Sebab-sebab berdengkur

Lemah otot-otot pada lidah, lelangit lembut dan tekak. Apabila otot tidak tegang akibat arak atau ubatan yang menyebabkan otot lemah, lidah akan tertolak ke belakang, menutupi aliran udara atau otot tekak tertarik masuk ke dalam tekak dan menyekat salur pernafasan atas. Juga berlaku semasa waktu tidur yang nyenyak

Tisu tekak yang besar dan tebal. Kanak-kanak yang mempunyai tonsil dan tisu adenoid yang membengkak selalunya berdengkur. Orang yang berlebihan berat badan dan mempunyai leher yang pendek dan besar.

Lelangit lembut dan uvula (anak tekak) yang panjang. Uvula yang panjang akan mengecilkan rongga pembukaan dari hidung ke tekak. Getaran yang berlebihan dari tisu ini akan mengakibatkan dengkuran.

Saluran pernafasan tersekat. Hidung yang tersumbat dan sukar bernafas menyebabkan individu lebih kerap menyedut udara untuk bernafas. Ini mengakibatkan ruang vakum yang berlebihan di dalam tekak, dan mengakibatkan tisu tekak yang lembut tertarik ke dalam dan mengakibatkan dengkuran. Antara sebab lain adalah batang hidung yang bengkok, polip dan jangkitan sinus.




















Komplikasi

Berdengkur, boleh juga mendatangkan masalah tidur yang serius yang dipanggil 'sleep apnea' iaitu apabila seseorang itu berhenti bernafas lebih dari 10 saat buat seketika sewaktu tidur.

'Sleep apnea' boleh membahayakan diri dan memerlukan rawatan selanjutnya.


Rawatan

Bolehkah dengkuran yang kuat disembuhkan?

Mendengkur yang teruk ialah mereka yang berdengkur pada mana-mana kedudukan atau mengganggu orang lain, sepatutnya mencari khidmat nasihat perubatan bagi memastikan keadaan itu bukanlah masalah 'sleep apnea'.

Pakar Telinga, Hidung dan Tekak akan memeriksa hidung, mulut, tekak, lelangit dan leher mendengkur.

Kajian semasa tidur yang dilakukan di dalam 'makmal tidur' perlu bagi mengenal pasti tahap keseriusan dengkuran dan kesan kesihatan ke atas mendengkur tersebut.


Rawatan untuk dengkur

Rawatan adalah bergantung kepada diagnosis yang dibuat. Pemeriksaan akan menunjukkan dengkur adalah disebabkan oleh alahan hidung, jangkitan, kecacatan atau masalah tonsil dan "adenoid".

Rawatan diberi mengikut sebab-sebab yang dikenal pasti.


Pencegahan

Petua untuk mengurangkan dengkuran:

  • Kurangkan berat badan jika anda mengalami masalah berat badan berlebihan
  • Kurangkan pengambilan arak atau ubatan yang mempunyai kesan mengantuk pada waktu tidur
  • Cegah pengambilan tranquilizer, pil tidur dan antihistamina sebelum tidur
  • Elak pengambilan arak sekurang-kurangnya 4 jam dan mengambil makanan berat atau ringan dalam tempoh 3 jam, sebelum berehat
  • Amalkan tidur pada waktu yang tetap setiap hari
  • Utamakan posisi tidur mengiring daripada posisi terlentang
  • Tinggikan kepala katil anda lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang.


sumber : http://www.myhealth.gov.my
Nurul Ihsan binti Nasiruddin

Friday, October 16, 2009

Herpes Labialis



Takrifan
Herpes Labialis juga dikenali sebagai Oralabial Herpes. Dalam sudut perubatan "labia" bermaksud mulut atau bibir. Manakala "Oral" bermaksud lingkungan mulut. Herpes labialis tidak semestinya merujuk pada bibir kemaluan wanita. Justeru itu Oralabial Herpes adalah lebih sesuai digunakan dalam menyatakan simptom ini. Jangkitan pada bibir mulut ini disebabkan oleh sejenis virus yang dinamakan "Herpes Simplex Virus type 1"(HSv-1).

Dalam banyak kes, ia menyebabkan lecetan atau lepuhan kecil. Biasanya ia mengambil masa 2 hingga 3 minggu untuk kembali normal. Namun virus ini masih lagi berada dalam badan dan berstatus 'dormant'. Saraf muka menjadi lokasi yang sesuai untuk mereka berkhemah.

Align Center

Simptom
Simptom utama yang biasa dilihat adalah pembengkakan pada tisu permukaan bibir dan gusi yang juga dinamakan sebagai "Acute Herpetic Gingivostomatitis" biasanya jangkitan mengambil masa 5-10 hari. Simptom lain termasuklah demam dan sakit kerongkong.
Sesetengah pesakit mengalami kesukaran untuk menelan makanan(dysphagia) atau pembengkakan nodus limfa(lymphadenopathy).

Apabila virus ini kembali aktif, lokasi jangkitan mengalami kemerahan atau jangkitan yang lebih serius.




Rawatan
Acyclovir atau Penciclovir biasa digunakan.

Menurut pembacaan melalui 21st century supplement's journal L-lysine membantu untuk mengurangkan jangkitan sekunder. Kurangkan stress dan pengambilan coklat yang berlebihan.


sumber: 1.Diseases of the Skin: clinical Dermatology. Saunders Elsevier
2.21st century supplement's Journal

Terjemahan: Raja Mohammad Affan
4th Year Dental Student,
Mansoura University.

Sunday, October 11, 2009

Sinusitis (resdung)



Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit hidung. Salah satu punca gelaja-gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya.


APAKAH SINUS (RESDUNG)?

Sinus sebenarnya adalah rongga-rongga di dalam tulang muka di sekeliling hidung. Rongga ini bersambung ke hidung melalui aluran-aluran yang sangat kecil. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini setiap masa dan disalirkan ke dalam hidung. Jika aliran dari sinus ini tersumbat maka lendir ini akan berkumpul seterusnya kuman bakteria akan membiak di dalam rongga sinus ini. Ini menyebabkan penghasilan nanah dan juga bengkakan di dalam lapisan hidung.


GEJALA SINUSITIS
  • Sumbat hidung
  • Lendir dari hidung dan tekak
  • Sakit atau rasa berat muka terutama diantara mata
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
  • Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
  • Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya

KEMUDARATAN SINUSITIS (RESDUNG)
  • Jangkitan nanah di kawasan sekeliling mata
  • Jangkitan otak
  • Sakit tekak yang kronik
  • Jangkitan tulang muka
  • Menerukkan keadaan lelah
  • Berdengkur secara kronik
  • Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
  • Alahan hidung
  • Selesema biasa yang melarat

* Jika hidung anda sering gatal-gatal, kerap bersin, berhingus dan berkahak terutamanya pada waktu pagi serta mata sering berair? Jika ya, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan rapi kerana anda mungkin menghadapi masalah resdung atau sinusitis.

Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) berkata, masalah resdung berpunca daripada alahan terhadap habuk, kutu dan pijat atau makanan tertentu.


Untuk mengatasi masalah alahan, amalkan petua berikut :
  • elakkan membela binatang berbulu dalam rumah seperti kucing, arnab dan anjing.
  • elakkan menggunakan kain selimut yang diperbuat daripada bulu binatang, sebaliknya gunakan selimut yang diperbuat daripada bahan-bahan sintetik (tiruan).
  • elakkan menggunakan tilam dan bantal yang dibuat daripada bulu binatang. Selalu basuh sarung tilam/bantal dengan air panas untuk membunuh pijat/serangga dan membuang habuk sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
  • gunakan pembersih hampagas yang baik dan mempunyai penapis yang baik.
  • kurangkan penggunaan permaidani dan set sofa yang dibuat daripada barang-barang kain atau bulu.
  • berhati-hati bagi pengguna katil di tingkat bawah kerana anda akan menyedut segala habuk dari tilam atas.
  • selalu basuh barang permainan yang lembut.
  • simpan pakaian di dalam almari yang tertutup.
  • elakkan penggunaan tirai langsir yang berat dan banyak kain. Selalu cuci kalau menggunakan penapis nyamuk pada tingkap.
  • gunakan kain yang lembap untuk mengelap barangan alat perkakas rumah.
  • amalkan menggunakan penutup hidung semasa mengemas rumah/perabot.
  • elakkan memakan makanan yang ada alah padanya.


sumber : Info Kesihatan
penulis : Nurul Ihsan Nasiruddin

Friday, October 9, 2009

Pericoronitis



Pericoronitis dari segi istilah bermaksud pembengkakan sekeliling crown atau kepala gigi.Ia berlaku apabila gigi geraham tidak keluar sepenuhnya(partially tooth impaction).
kes ini adalah masalah umum yang biasa berlaku terutamanya golongan dewasa yang berumur 17-24 tahun semasa gigi geraham besar (3rd Molar) yang terakhir keluar.

Gigi geraham anda akan mengalami pembengkakan disebabkan oleh rembesan toksin bakteria.Seterusnya anda akan merasa sakit dan mungkin tidak akan tidur malam.
Penjagaan gigi yang kurang rapi menaikkan lagi kadar risiko.


Simptom & Rawatan
2 jenis simptom.
Minor simptom:
1.Sakit yang mengejut (Spontaneous pain)
2.Pembengkakan setempat (localize swelling)
3.Pernanahan (Purulence)
4.Bau busuk (foul odour or taste)
Major simptom:
1.Kesulitan untuk menelan makanan (difficulty in swallowing)
2.Pembengkakan nodus limfa (Enlarged Lymph nodes)
3.Kesukaran untuk membuka rahang mulut (limited mouth opening)
4.Pembengkakan kawasan muka ( Facial cellulitis)


Rawatan

Antibiotik diberikan untuk merencatkan aktiviti bakteria.
Namun risiko untuk berlaku jangkitan sekunder masih tinggi.Biasanya pembuangan gigi adalah jalan yang terbaik.Jika tidak mengambil langkah berjaga-jaga jangkitan boleh berlaku pada bahagian lain selain dari kawasan mulut.Kes yang teruk perlu dirawat di hospital untuk lanjutan pembedahan dan IV antibiotik.

Cabutan gigi yang mengalami 'Pericoronitis' ini perlu dibuat semasa pembengkakan telah surut sepenuhnya bukannya semasa 'infection stage atau acute'.Jika cabutan tetap dibuat,jangkitan akan merebak ke kawasan leher.

Justeru itu pengamal pergigian biasanya akan membersihkan sekitar kawasan jangkitan dan memberi antibiotik.Temu janji seterusnya diberikan kepada pesakit setelah bengkak telah surut.(biasanya selepas 1 minggu)



Bagi rawatan dirumah.Anda boleh membersih dengan mengosokkan gigi di sekitar kawasan jangkitan secara lembut.Elakkan dari makanan terkumpul. Berkumur dengan air garam atau ubat kumur-kumur amat digalakkan.



sumber: CA Bartzokas and GW Smith, ed (1998).
Managing Infections: Decision-making Options in Clinical Practice. Informa Health Care. p. 157
Color Atlas of Oral Diseases. Thieme. p. 17

Terjemahan:Raja Mohammad Affan Raja Tazilli.
Mansoura Dental Student 4th year.

Tuesday, October 6, 2009

Influenza A (H1N1)

Lindungi diri anda!


sila klik untuk paparan lebih besar



Apakah itu penyakit Influenza A (H1N1)?

Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis virus baru. Virus ini terhasil dari mutasi gene virus influenza babi, burung dan manusia.



Apakah tanda dan gejala penyakit ini?

Gejala awal jangkitan ini adalah mirip selesema, seperti demam, batuk, sakit kepala, sakit badan, sakit tekak, selesema dan kadangkala muntah-muntah atau cirit-birit.



Bagaimana kita boleh dijangkiti?

Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin. Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan (surfaces) atau tersebar ke udara. Seterusnya, seseorang akan dijangkiti sama ada melalui pernafasan, melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.



Jika anda dijangkiti virus ini,
  • segera dapatkan rawatan daripada doktor.
  • untuk mengelakkan jangkitan kepada orang lain, tutup mulut dengan tisu atau sapu tangan apabila batuk dan bersin. Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun.
  • tinggal di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain. Elak menyentuh mata, hidung, dan mulut.
  • elakkan daripada pergi ke tempat awam yang sesak.
  • jangan gunakan pengangkutan awam untuk megelakkan jangkitan kepada orang lain.



Bagaimana anda boleh menghindari jangkitan penyakit ini?
  • jauhi orang yang nampak tidak sihat dan menghidapi demam dan batuk.
  • kerap cuci tangan dengan air dan sabun.
  • elak menyentuh muka, khususnya hidung dan mulut untuk mencegah kemungkinan jangkitan.
  • jika anda berada di tempat dilanda penyakit ini elakkan berada di tempat awam yang sesak.
  • ketahui situasi semasa penyakit ini dan langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil.
  • amalkan cara hidup sihat. Dapatkan tidur yang cukup, makan secara sihat dan lakukan aktiviti fizikal.



sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
penulis : Nurul Ihsan Nasiruddin