Tuesday, February 3, 2009

Demam Chikungunya

Apakah Demam Chikungunya?

Demam Chikungunya (Chikungunya Fever) adalah penyakit yang disebabkan oleh virus yang dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk pembawa virus. Virus Chikungunya mula dijumpai pada tahun 1953 di Tanzania melalui seorang pesakit yang mengalami demam. Sejak dari itu, Chikungunya telah menjadi wabak penyakit yang menjangkiti penduduk disekitar Afrika dan Asia dan yang terbaru dibeberapa tempat di negara Eropah.

Apakah penyebab Demam Chikungunya?



Demam Chikungunya dalah disebabkan oleh sejenis virus yang dikategorikan sebagai genus Alphavirus dalam keluarga Togaviridae.

Bagaimanakah manusia boleh dijangkiti oleh virus Chikungunya?



Manusia dijangkiti virus Chikungunya melalui gigitan nyamuk yang membawa virus tersebut, Aedes aegypti. Nyamuk ini selalunya mendiami bekas air yang bertakung dan aktif di waktu siang. Nyamuk ini menjadi vektor utama pembawa virus Chikungunya kerana sifatnya yang lebih tertarik kepada manusia. Antara spesis nyamuk lain yang juga berkemungkinan bertindak sebagai pembawa virus adalah dari spesis Aedes albopictus.

Apakah langkah berjaga-jaga yang perlu diambil bagi mengelakkan dari dijangkiti virus Chikungunya?

Cara terbaik bagi mengelakkan dijankgkiti virus ini adalah dengan memastikan diri anda bebas dari gigitan nyamuk.

Terbaru, masih tiada vaksin mahupun ubatan yang mampu mengelakkan diri anda dari dijangkiti virus ini. Langkah berjaga-jaga lazimnya adalah sama seperti penyakit virus lain yang dibawa oleh nyamuk eg: Denggi dan West Nile. Antaranya adalah :

  • Gunakan krim penghalau nyamuk yang mengandungi DEET, Picaridin, minyak lemon eucalyptus atau IR3535 pada kulit yang terdedah. Pastikan anda sentisa mengikuti arahan yang terdapat pada bungkusan tersebut.
  • Memakai pakaian berlengan panjang dan berseluar panjang bagi mengelak gigitan nyamuk.
  • Menutup semua pintu dan tingkap bagi mengelakkan nyamuk dari memasuki rumah anda.
  • Elakkan takungan air di sekeliling rumah seperti pelapik pasu, tayar, botol-botol, bekas-bekas takungan air dan sebagainya.
  • Bagi pesakit yang dijangkiti Chikungunya, elakkan diri anda dari digigit oleh nyamuk bagi mengelakkan merebaknya virus Chikungunya kepada orang lain di dalam rumah anda melalui pembawaan nyamuk.


Bagaimanakah virus Chikungunya merebak?

Virus Chikungunya terdapat di dalam darah pesakit yang dijangkiti virus ini. Apabila nyamuk mengigit dan menghisap darah pesakit tersebut, virus tadi akan turut menjangkiti nyamuk. Nyamuk kini berperanan sebagai pembawa virus yang apabila menggigit orang lain, virus tersebut akan turut dipindahkan kepada pesakit baru.

Apakah kesan jangkitan virus Chikungunya?


Virus Chikungunya akan menyebabkan kelesuan dan antara tanda-tandanya adalah demam, sakit kepala, keletihan, muntah, kegatalan, sakit otot dan sakit sendi.

Jangkitan virus Chikungunya 'senyap' juga kadangkala berlaku dimana pesakit tidak menunjukkan tanda-tanda jangkitan biarpun sebenarnya dijangkiti virus ini. Bagaimana kes biasanya berlaku masih tidak diketahui

Jangkitan virus Chikungunya dijangka dapat membina immuniti sepanjang hayat pesakit yang pernah dijangkiti penyakit ini.

Demam Chikungunya Akut biasanya berakhir selepas beberapa hari atau sekurang-kurangnya 2 minggu. Berbeza dengan Denggi, West Nile Fever dan o'nyong-nyong fever yang selalunya keletihan pesakit berpanjangan sehingga beberapa minggu lamanya.

Bagaimanapun, pesakit kadangkala mengadu sakit-sakit sendi hanya berakhir selepas beberapa minggu atau bulan.

Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk Demam Chikungunya berlaku?

Tanda-tanda Demam Chikungunya akan muncul selepas 2-12 hari selepas terkena gigitan nyamuk pembawa virus Chikungunya. Bagaimanapun ia lazimnya muncul antara selang masa 3-7 hari.

Adakah wanita mengandung boleh dijangkiti virus ini dan adakah virus ini boleh menjangkiti bayi dalam kandungan ataupun melalui penyusuan ibu?

Wanita mengandung boleh dijangkti virus ini pada bila-bila masa sepanjang tempoh mengandung. Simptom-simptom jangkitan adalah sama dengan individu biasa. Dalam kebanyakan kes, is tidak menjangkiti bayi dalam kandungan.

Walaubagaimanapun, kemungkinan untuk bayi dijangkiti adalah besar sekiranya virus ini dikesan didalam darah ibu semasa proses melahirkan bayi. Kes keguguran semasa semester pertama kandungan bagaimanapun jarang dilaporkan. Wanita mengandung boleh mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan diri dari terkena gigitan nyamuk pembawa.

Dan sehingga sekarang tiada bukti menyatakan virus ini boleh merebak kepada bayi melaui penyusuan ibu.

Apakah kadar kematian yang dikaitkan dengan Demam Chikungunya?

Maut disebabkan oleh Demam Chikungunya adalah jarang sekali dilaporkan. Bagaimanapun kematian selalunya dikaitkan dengan pesakit yang sudah tua yang berimmuniti rendah.

Apakah rawatan Demam Chikungunya?

Sehingaa kini masih tida lagi vaksin mahupun ubatan yang mampu mencegah jangkitan virus Chikungunya. Rawatan selalunya adalah merangkumi rawatan simptom-simptom yang diadu oleh pesakit. Antara rawatan adalah : rehat, cecair dan ubatan bagi melegakan demam dan kegatalan seperti ibuprofen, naproxen, acetaminophen atau paracetamol. Aspirin seharusnya dielakkan. Pesakit perlu mengelakkan diri dari digigit oleh nyamuk untuk mengelakkan daripada virus Chikungunya merebak melalui nyamuk pembawa.

Sumber : www.cdc.gov
Penterjemah : ismisyakila

2 comments:

  1. apakah simptom penyakit chikungunya?

    ReplyDelete
  2. apakah kesannya ke atas bayi yang dijangkiti chikungunya melalui ibunya?(si ibu dijangkiti semasa sedang hamil)

    ReplyDelete