RADANG APPENDIK (Appendicitis)

Kesakitan akan mula dirasai pada bahagian pusat dan kemudian beralih ke bahagian bawah kanan abdomen.Biasanya sakit yang dialami berterusan selama 6-12 jam dan menjadi lebih teruk.
Setiap individu berisiko terkena radang appendik tetapi ia lebih kerap terjadi pada mereka yang berusia 10-30 tahun .
FAKTOR PENYEBAB
Antara sebab terjadinya radang appendik masih tidak jelas. Namun ianya mungkin disebabkan oleh :
- sisa-sisa makanan atau najis yang tersumbat di rongga dinding usus dan appendik
- jangkitan virus pada sistem pencernaan ataupun radang-radang yang lain .
Radang appendik menyebabkan beberapa simptom dan berubah mengikut masa.Tetapi bahagian yang sakit adalah berbeza-beza bergantung pada umur dan kedududkan appendik seseorang seperti :
- Peringkat awal (simptom yang kerap berlaku) : kesakitan mula dirasai pada bahagian pusat dan kemudiannya akan terasa hingga ke bahagian bawah kanan abdomen.
- Jika radang merebak ke tisu sekitar, kesakitan lebih menusuk dan semakin teruk.
- Loya dan muntah-muntah
- hilang selera makan
- sembelit
- sukar membuang angin
- cirit-birit
- bengkak pada abdomen
- demam
Kanak-kanak lebih cederung untuk mengalami kondisi appendik pecah berbanding golongan dewasa.Kanak-kanak biasanya tidak menunjukkan simptom-simptom yang jelas dan ibu bapa mungkin memgambil ringan tanpa sebarang rawatan .Atas situasi tersebut ,jangan mengambil mudah jika anak anda mengalami sakit perut yang tidak serius,dinasihatkan terus membawa mereka berjumpa doktor bagi memastikan tahap kesihatan mereka .
Golongan dewasa juga tidak terkecuali jika mereka melambat-lambatkan pemeriksaan dan rawatan daripada doktor.
KOMPLIKASI

- APPENDIK PECAH : Komplikasi yang sangat serius adalah apabila appendik menjadi pecah.Kandungan dalam usus dan organisma-organisma yang membawa jangkitan akan menyerang kawasan abdomen .Ini akan menyebabkan jangkitan pada lapisan yang meliputi kawasan pencernaan.Apabila appedik menjadi pecah,pesakit terasa lebih sihat dari sebelumya secara tiba-tiba.Tetapi kemudiannya,keseluruhan kawasan abdomen akan kembung dengan gas dan cecair.Pesakit akan merasai tidak selesa,tegang dan sakit jika disentuh.Pesakit juga akan mengalami sakit pada kawasan tertentu di abdomen. Pesakit juga akan tidak mampu membuang angin dan mennyahtinja disebabkan radang tersebut. Lain-lain yang dapat dilihat adalah demam,dahaga dan air kencing yang sedikit.
- PERITONITIS : Peritonitis atau radang pada dinding abdomen biasanya perut, adalah kes kecemasan. Jika salah seorang ahli keluarga anda mengalaminya, maka perlulah merujuk kepada bahagian kecemasan secepat mungkin sebelum ia menjadi lebih kronik. Appendik akan menjadi bengkak dan bernanah. Ia mungkin mencapai saiz sebesar badam atau sebesar buah limau. Rawatan adalah penting sebelum ia menjadi lebih kronik(peritonitis).
RAWATAN

PEMBEDAHAN adalah rawatan terbaik untuk pesakit radang appendik. Pesakit memerlukan pembedahan bagi membuang appendik (Appendectomy) yang hanya melibatkan torehan yang kecil pada abdomen. Rawatan tersebut memberikan pemulihan yang segera dan bekas pembedahan yang sedikit.
Jika appendik pesakit telah pecah, jangkitan yang sudah merebak ataupun bengkak bernanah, pesakit akan dibedah dengan torehan yang besar supaya pakar bedah dapat membersihkan bahagian abdomen.Pesakit akan diberi antibiotik melalui salur darah dan ditahan diwad sehingga sihat.
Jika simptom yang dialami sudah melewati 5 hari atau lebih, selalunya doktor akan memberi antibiotik untuk mengurangkan radang yang dialami dan jangkitan pada bahagian sekitar appendik. Ia selalunya akan menjadi bengkak dan bernanah. Melalui cara ini (antibiotik), bengkak akan di kuranglan terlebih dahulu dan nanah akan dikeluarkan melalui kulit.Jika cara tersebut berjaya, pembedahan membuang appendik biasannya dilakukan dua bulan selepas itu.
sumber : www.mayoclinic.com
penterjemah : nadzira ghazali


10:59 AM
- ismisyakila -
Posted in:



16 Komen Anda:
salam..sy ingin bertanya...adakah setelah membuang apendik menyebabkan kesukaran utk mengandung..?
salam....saya megalami sakit pada pusat selepas melakukan sit up,,,,
tetapi selepas beberapa hari saya dapati pusat saya bengkak dan ada sedikit timbul bulat macam bernanah di dalam pusat....
salam..adakah appendiks boleh menyebabkan keputihan dan kegatalan pada bahagian kemaluan kaum wanita?
kenapa masih ada doktor yang kurang prihatin????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????
ada 1 cerita tentang doktor yang kurang prihatin. pesakit sakit perut,n bjumpa doktor di sebuah klinik. doktor check-up n hanya beri ubat masuk angin. Sedangkan pesakit sedang mangalami apendik tahap kritikal. Akhirnya x lama kemudian pesakit maut tanpa diberi rawatan yang sepatutnya. Salah kah doktor kerana kurang prihatin?????? Memandang remeh pada pesakit..
saya sering berasa sakit di pinggang di bahagian kanan...tapi saya takut untuk mendapatkan rawatan...tetapi sebaik sahaja saya membaca perkara yang berkaitan dengan tanda-tanda sakit appendix ternyata saya mengalami simptom tersebut...contohnya rasa sakit yang amat ketika bergegar...contohnya semasa kreta yang saya naiki terlanggar lubang...saya juga sukar untuk meluruskan kaki ketika pinggang saya sedang sakit...tetapi perkara tersebut tidak kerap berlaku...cuma kini saya sering mengalami sakit pinggang di bahagian kanan...adakah saya menghidap appendix?????
macamana kalau kesakitan dirasai hanya sekejap ? tapi menusuk . dan tak sampai 1jam pon . mengiring dan tydo . bangun dye ok.
budak umur setahun pun boleh kena appendik ke?????
Bagaimana cara doktor boleh mengesan appendik. Adakah cukup dengan hanya menguji sample darah atau perlu melalui endoscopy atau scan?
Saya mengalami pening di bahagian atas mata kiri, mual n rasa sakit bahagian kanan abdomen.. Adakah tanda2 yg saya alami ini sebahagian dari simptom apendiks? TQ
cmne nak elakkan drpd terkena apendiks ekk?
zila
bln lpas sya kna skit prut ,dn dokter ckp sya kna skit appendik dn di than di wad mla2 sya dah nk kna opret tpi esok nya tk jdi sbb prut sya dh tk skit ,sya nk tnya adakah skit appendik nie leh baik sndri tnpa membuat pmbedahan
saya dapati pusat saya bengkak dan ada sedikit timbul bulat macam bernanah di dalam pusat
hari ini genap 4 hari saya sakit perut..saya sudah berjumpa doktor dan cek air kencing dan doktor cakap tidak ada masalah..semua ok..masalah nya terdapat cecairan darah keluar dari kemaluan..sedangkan tempoh period saya sudah berlalu..
selain dr operate...ade x rawatan lain @ ubat yg blh digunakan utk sakit ini
as'salam nak tanye,sye b'umur 14 thun..
sye brase skit di sblh pnggang kanan dan terasa menyusuk2..
dan ssh untuk b'jln..
adkh sye mmpunyai simtem untuk skit appendix???
Post a Comment