Friday, February 13, 2009

BUASIR (HEMORRHOID)

BUASIR


Hemorrhoid atau Buasir adalah penyakit yang disebabkan oleh pembengkakan atau keradangan salur darah vena di bahagian dubur ( anus) atau akhir usus ( rectum). Buasir selalunya terjadi di sebabkan oleh proses meneran semasa membuang air besar ataupun disebabkan oleh meningkatnya tekanan darah di dalam vena semasa mengandung.

Buasir (hemorrhoid) biasanya menjadi topic yang memalukan jika dibincang ,akan tetapi buasir merupakan penyakit ringan yang kerap berlaku.Setakat ini pelbagai cara rawatan yang berkesan telah ditemui bagi merawat pesakit-pesakit buasir.


SIMPTOM-SIMPTOM

Antara simptom-simptom buasir adalah :
  • pendarahan semasa membuang air besar tetapi tiada rasa sakit (warna darah yang cerah dapat dilihat pada tisu tandas ataupun mangkuk tandas)
  • gatal-gatal atau beradang
  • sakit atau rasa tidak selesa
  • bengkak pada sekeliling anus
  • ketulan yang menyakitkan disekitar dubur

Biasanya simptom-simptom buasir bergantung pada tempat sama ada buasir dalaman (internal hemorrhoid) ataupun buasir luaran (external hemorrhoid).


Buasir dalaman (internal hemorrhoid):

  • di dalam kawasan rektum
  • tidak dapat dilihat dan dirasa
  • tidak menyebabkan rasa tidak selesa
  • jika meneran akan menyebabkan ia berdarah,rasa sakit dan beradang

Buasir luaran (external hemorrhoid) :

  • bawah lapisan kulit di sekitar anus
  • berdarah atau gatal jika dirangsang
  • kadang-kadang boleh menyebabkan darah membeku dan menyebabkan thrombus (darahbeku yang menyumbat salur darah).Kesannya sakit yang teruk,bengkak dan beradang

BILAKAH PERLU BERJUMPA DOKTOR

Pendarahan ketika membuang air besar merupakan tanda utama buasir .Tetapi keadaan ini boleh berlaku pada penyakit lain seperti kanser usus dan kanser anus.Bukan semua pendarahan datang daripada penyakit buasir,oleh sebab itu bejumpalah doktor dengan segera jika ada perubahan pada rutin perkumuhan anda ataupun jika najis kehitaman atau merah pekat atau najis berdarah.Keadaan tinja akan memberikan gambaran tahap pendarahan yang dialami.Rawatan kecemasan perlu jika anda mengalami pendarahan yang terlalu banyak,muntah-muntah,pening,atau tidak sedarkan diri.

FAKTOR PENYEBAB

Salur darah di sekitar anus berpotensi untuk membonjol,bengkak dan kemudiannya pecah.Ini disebabkan oleh tekanan yang tinggi pada salur darah. Tekanan darah yang tinggi disebabkan oleh :

  • meneran ketika membuang air besar
  • duduk terlalu lama di dalam tandas
  • cirit-birit yang teruk atau sembelit
  • kegemukan
  • mengandung
  • golongan berumur kerana salur darah semakin lemah

KOMPLIKASI

Komplikasi yang terjadi akibat dari buasir jarang dilihat tetapi ia boleh terjadi dan ia merangkumi:

  1. Anemia : Kehilangan darah yang sangat banyak akan menyebabkan anemia(kurang darah merah).Oleh sebab itu kita akan cepat merasa letih dan lemah-lemah badan .
  2. Dalam sesetengah keadaan pesakit mengalami sakit yang teruk hingga menyebabkan tisu mati atau rosak(gangrene) .

RAWATAN




1) Ubat-ubatan : Jika buasir yang dialami oleh pesakit hanya menyebabkan rasa tidak selesa,doktor akan mencadangkan pesakit menggunakan ubat sapu atau lampin.Ubat-ubat yang diberi oleh doktor mengandungi witch hazel atau hydrocortisone yang boleh melegakan kesakitan dan kegatalan.Pesakit dinasihatkan tidak menggunakan ubat sapu lebih dari seminggu melainkan yang disarankan oleh doktor ,kerana ia akan menyebabkan ruam pada kulit,radang dan kulit menipis.

2)Rawatan yang mudah : Jika ketulan darah terbentuk pada buasir luaran (external hemorrhoid),doktor akan melakuakan torehan yang kecil untuk membuangnya.Rawatan tersebut cepat dan kurang komplikasinya.

3) Doktor akan melakukan rawatan lain jika pendarahan pesakit buasir berterusan ataupun buasir yang menyakitkan antaranya :

  • menyekat pendarahan dengan gelang getah yang kecil (Rubber band ligation)
  • suntikan untuk mengecutkan tisu di sekitar anus.
  • teknik pembekuan.Teknik ini menggunakan laser atau cahaya infrared atau haba.Teknik ini memberi risiko yang tinggi untuk berulang kembali buasir.



4) Kaedah pembedahan : Jika kaedah-kaedah di atas tidak berhasil atau pesakit mengalami buasir yang teruk ,kaedah pembedahan akan disarankan oleh doktor. Antaranya adalah :

  • Pembedahan membuang buasir (hemorrhoidectomy) : Doktor bedah akan mengeluarkan lebihan tisu yang menyebabkan pendarahan .Cara ini amat bekesan dan dapat membuang sepenuhnya penyakit buasir,tetapi mempunyai risiko yang tinggi.Antaranya susah membuang air kecil dan jangkitan pada sistem perkumuhan .Kesakitan pembedahan boleh diatasi dengan ubat-ubatan.
  • Pencantuman(stapled hemorrhoidectomy atau stapled hemorrhoidopexy) : Ini adalah kaedah menghalang aliran darah ke tisu buasir.Pesakit akan kurang mengalami kesakitan dan boleh kembali bekerja lebih awal.Tetapi risiko kaedah adalah jauh lebih tinggi berbanding hemorrhoidectomy,seperti risiko penyakit berulang dan rektum pecah .Berbincanglah dengan doktor anda mengenai rawatan yang terbaik untuk merawat buasir.


SELEPAS PEMBEDAHAN

Penjagaan selepas pembedahan peting untuk mengurangkan kesakitan pembedahan dan juga bagi megelakkan penyakit buasir berulang kembali. Antaranya penjagaan yang perlu ialah :


  1. Menggunakan krim untuk buasir
  2. Pastikan kawasan anus sentiasa dibersihkan dengan air suam.Sabun tidak diperlukan kerana mungkin akan menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk
  3. menggunakan ais bagi mengurangkan kesakitan pada anus
  4. Jangan menggunakan kertas tandas yang kering dan tidak berbau wangi dan beralkohol.
  5. Mengambil ubat penahan sakit seperti acetaminophen(Tylenol) aspirin atau ibuprofen dan mesti mendapat kelulusan daripada doktor bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.

GAYA HIDUP DAN PENCEGAHAN


  • Makan makanan berfiber tinggi.Makan buah-buahan ,sayur-sayuran dan bijirin berserat tinggi untuk memudahkan pembuangan air besar.
  • Minum air yang banyak.Minum air 6-8 gelas air setiap hari .Elakkan alkohol.
  • Makanan tambahan berasaskan fiber seperti Metamucil dan Citrucel membantu melegakan simptom dan pendarahan buasir .Produk ini melembutkan tinja dan memudahkan ia keluar. Jika anda menggunakan makanan tambahan tersebut ,pastikan anda minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari,jika tidak anda akan mengalami sembelit atau menyebabkan sembelit bertambah teruk.
  • Jangan meneran.Meneran dan menahan nafas ketika membuang air besar menyebabkan tekanan yang tinggi pada salur darah dibawah rektum.
  • Jangan bertangguh untuk membuang air besar.Jika anda melengah-lengahkannya,tinja akan kering dan susah dikumuh dan seterusnya akan menyebabkan sembelit.
  • Bersenam.Bersenam dapat mengurangkan tekanan pada salur darah yang menyebabkan buasir dan ia juga dapat mengurangkan berat badan.
  • Elakkan berdiri atau duduk terlalu lama.Duduk terlalu lama terutamanya di dalam tandas akan meningkatkan tekanan salur darah pada anus.

16 comments:

  1. terima kasih.....

    ReplyDelete
  2. saye ingin tahu,adakah najis berdarah serta kesakitan perit pada dubur selepas membuang air besar adalah di tahap yang serius..??bagaimana cara untuk mengatasinya???

    ReplyDelete
  3. Suffer from hemorrhoid or piles? Now with simple application that guarantee works for just RM298, ship within Malaysia add RM10 shipping charge. To order, pls sms to 012-4909089 or email to crystal1906@gmail.com

    Masalah Buasir? Dengan RM298, anda akan membuat ia hilang. Tambah RM10 untuk postage di seluruh Malaysia. Untuk tempahan, sila sms ke 012-4909089 atau email crystal1906@gmail.com

    ReplyDelete
  4. Suffer from hemorrhoid or piles? Now with simple application that guarantee works for just RM298, ship within Malaysia add RM10 shipping charge. To order, pls sms to 012-4909089 or email to crystal1906@gmail.com

    Masalah Buasir? Dengan RM298, anda akan membuat ia hilang. Tambah RM10 untuk postage di seluruh Malaysia. Untuk tempahan, sila sms ke 012-4909089 atau email crystal1906@gmail.com

    ReplyDelete
  5. sy terkejut tiba2 sahaja ada benjolan ditepi lubang dubur sy sblh kanan..2,3 ari sebelum munculnya benjolan tsebut,sy tiada mngalami masalah pbuangan air besar..hanya najis lembut sahaja yg keluar..ni yg menyebabkan sy keliru sama ada sy mngalami masalah buasir..simpton spt pdih n sakit turut dirasai..skrg sy hanya mendapatkn rawatan ubat2an yg dibeli di farmasi iaitu (neo healer).apakah tindakan seterusnya yg perlu sy lakukan?sy takut sgt skrg ni.

    ReplyDelete
  6. selepas pembedahan,rendaman sitz blh dilakukan tetapi apakah pendidikan kesihatan yg perlu dilakukan utk rendaman sitz?

    ReplyDelete
  7. BERAPA KOS UNTUK MEMBUAT PEMBEDAHAN INI?
    SWASTA BERAPA?
    KERAJAAN BERAPA?

    ReplyDelete
  8. saya kini di peringkat awal kehamilan, baru-baru ni saya mengalami masalah di bahagian anus, ada ketulan kecil dan sering gatal2.. adakah saya terkena penyakit ini??

    ReplyDelete
  9. saya rasa saya buasir peringkat awal..gatal dan terasa ada kelonggaran di dubur atau benjolan kecil keluar. saya rasa sebab2 nya adalah saya meneran kuat ketika mengalami sembelit duludan saya juga suka makan cili yg pedas. lagi pedas lagi suka. berhati2lah. gatalnya Tuhan yg tahu,kdg2 saya basuh dubur dengan air garam (garam dihancurkan dlm air panas dulu) dan guna ubat 'insert' yg diberikan doktor klinik. selalu guna panti bersih dan biar kwsn itu kering sentiasa. wsslm

    ReplyDelete
  10. Saya mengalami pembengkakan di bahagian dubur setiap kali selepas membuang air besar. berdasar kan maklumat maklumat di atas saya mungkin ada masalah buasir. tetapi benjolan benjolan itu akan hilang setelah saya berehat / meniarap selama >2 jam. bila benda itu berlaku saya begitu sukar untuk bangkit dari duduk. sila beri tunjuk ajar.

    ReplyDelete
  11. saya dah lama mengidap penyakit buasir ni..kadang2 sampai 3 ke 4 hari x bleh nk bangun atau jalan..dh brmacam2 ubat yang saya telan tapi masih belom sembuh,tlg bg saya pendapat adakah saya kena potong..

    ReplyDelete
  12. Salam just nk taw..Bg kes yg menggunakan kaedah rubber band ligation. Brpa lm getah tersebut perlu diganti ? Or getah tersebut akn tertanggal scra sendirinye kelak.

    ReplyDelete
  13. Kepada tuan/puan yang masih diperingkat awal..eloklah berubat dengan cepat..ubah cara pemakanan dan jangan pandang ringan.Bila sudah sampai ke tahap perlu dibedah,itu adalah keputusan terakhir yg perlu diambil. Tidak keterlaluan jika saya katakan sakit buasir lebih melarat berbanding sakit melahirkan. Semoga tuan/puan menjaga kesihatan.Jangan jadi seperti saya...

    ReplyDelete
  14. org kata pakai pad avail tue elok utk buasir..kawan saya mengalami buasir..lepas pakai pantiliner herba avail..beransur kurang...dia hanya pakai malam ketika hendak tidur...

    ReplyDelete
  15. simpton2 tu terjadi pada saya.ade bengkak dibahagian dubur, rasa gatal dan tidak selesa.pernah dubur berdarah selepas buang air besar.

    sebelum ni dah pernah pergi jumpa doctor..tapi cuma ok sekejap je..

    skrg masalah tu berulang lagi..apa harus saya buat..

    ReplyDelete
  16. Sila layari laman kami www.hantec.com.my bagi menjauhi bausir atau keselesaan dan kebersihan sempurna

    ReplyDelete