Wednesday, February 4, 2009

APPENDICITIS

RADANG APPENDIK (Appendicitis)

Radang Appendik adalah satu keadaan di mana appedik menjadi bengkak dan bernanah. Appendik biasanya bersaiz jari dan merupakan bahagian yang menonjol pada usus besar yang terletak di sebelah kanan abdomen.


Kesakitan akan mula dirasai pada bahagian pusat dan kemudian beralih ke bahagian bawah kanan abdomen.Biasanya sakit yang dialami berterusan selama 6-12 jam dan menjadi lebih teruk.
Setiap individu berisiko terkena radang appendik tetapi ia lebih kerap terjadi pada mereka yang berusia 10-30 tahun .

FAKTOR PENYEBAB
Antara sebab terjadinya radang appendik masih tidak jelas. Namun ianya mungkin disebabkan oleh :

  • sisa-sisa makanan atau najis yang tersumbat di rongga dinding usus dan appendik
  • jangkitan virus pada sistem pencernaan ataupun radang-radang yang lain .
Pada kedua-dua kes ,ia akan mengakibatkan appendik menjadi radang dan bernanah.Jika tiada rawatan diambil, kemungkinan untuk appendik pecah boleh berlaku.

SIMPTOM - SIMPTOM

Radang appendik menyebabkan beberapa simptom dan berubah mengikut masa.Tetapi bahagian yang sakit adalah berbeza-beza bergantung pada umur dan kedududkan appendik seseorang seperti :
  • Peringkat awal (simptom yang kerap berlaku) : kesakitan mula dirasai pada bahagian pusat dan kemudiannya akan terasa hingga ke bahagian bawah kanan abdomen.
  • Jika radang merebak ke tisu sekitar, kesakitan lebih menusuk dan semakin teruk.
  • Loya dan muntah-muntah
  • hilang selera makan
  • sembelit
  • sukar membuang angin
  • cirit-birit
  • bengkak pada abdomen
  • demam
Kesakitan yang teruk mungkin dirasai biarpun apabila abdomen disentuh secara lembut.Ia akan menyebabkan kesakitan yang berulang-ulang.Keadaan ini juga dapat dirasai jika kita batuk,berjalan ataupun keadaan yang bergegar.Kesakitan dapat dikurangkan jika kita mengiring atau duduk di mana lutut menghadap dada.

BILA PERLU BERJUMPA DOKTOR

Kanak-kanak lebih cederung untuk mengalami kondisi appendik pecah berbanding golongan dewasa.Kanak-kanak biasanya tidak menunjukkan simptom-simptom yang jelas dan ibu bapa mungkin memgambil ringan tanpa sebarang rawatan .Atas situasi tersebut ,jangan mengambil mudah jika anak anda mengalami sakit perut yang tidak serius,dinasihatkan terus membawa mereka berjumpa doktor bagi memastikan tahap kesihatan mereka .

Golongan dewasa juga tidak terkecuali jika mereka melambat-lambatkan pemeriksaan dan rawatan daripada doktor.

KOMPLIKASI


  1. APPENDIK PECAH : Komplikasi yang sangat serius adalah apabila appendik menjadi pecah.Kandungan dalam usus dan organisma-organisma yang membawa jangkitan akan menyerang kawasan abdomen .Ini akan menyebabkan jangkitan pada lapisan yang meliputi kawasan pencernaan.Apabila appedik menjadi pecah,pesakit terasa lebih sihat dari sebelumya secara tiba-tiba.Tetapi kemudiannya,keseluruhan kawasan abdomen akan kembung dengan gas dan cecair.Pesakit akan merasai tidak selesa,tegang dan sakit jika disentuh.Pesakit juga akan mengalami sakit pada kawasan tertentu di abdomen. Pesakit juga akan tidak mampu membuang angin dan mennyahtinja disebabkan radang tersebut. Lain-lain yang dapat dilihat adalah demam,dahaga dan air kencing yang sedikit.

  2. PERITONITIS : Peritonitis atau radang pada dinding abdomen biasanya perut, adalah kes kecemasan. Jika salah seorang ahli keluarga anda mengalaminya, maka perlulah merujuk kepada bahagian kecemasan secepat mungkin sebelum ia menjadi lebih kronik. Appendik akan menjadi bengkak dan bernanah. Ia mungkin mencapai saiz sebesar badam atau sebesar buah limau. Rawatan adalah penting sebelum ia menjadi lebih kronik(peritonitis).

RAWATAN



PEMBEDAHAN adalah rawatan terbaik untuk pesakit radang appendik. Pesakit memerlukan pembedahan bagi membuang appendik (Appendectomy) yang hanya melibatkan torehan yang kecil pada abdomen. Rawatan tersebut memberikan pemulihan yang segera dan bekas pembedahan yang sedikit.

Jika appendik pesakit telah pecah, jangkitan yang sudah merebak ataupun bengkak bernanah, pesakit akan dibedah dengan torehan yang besar supaya pakar bedah dapat membersihkan bahagian abdomen.Pesakit akan diberi antibiotik melalui salur darah dan ditahan diwad sehingga sihat.

Jika simptom yang dialami sudah melewati 5 hari atau lebih, selalunya doktor akan memberi antibiotik untuk mengurangkan radang yang dialami dan jangkitan pada bahagian sekitar appendik. Ia selalunya akan menjadi bengkak dan bernanah. Melalui cara ini (antibiotik), bengkak akan di kuranglan terlebih dahulu dan nanah akan dikeluarkan melalui kulit.Jika cara tersebut berjaya, pembedahan membuang appendik biasannya dilakukan dua bulan selepas itu.

sumber : www.mayoclinic.com

penterjemah : nadzira ghazali

31 comments:

  1. salam..sy ingin bertanya...adakah setelah membuang apendik menyebabkan kesukaran utk mengandung..?

    ReplyDelete
  2. salam....saya megalami sakit pada pusat selepas melakukan sit up,,,,
    tetapi selepas beberapa hari saya dapati pusat saya bengkak dan ada sedikit timbul bulat macam bernanah di dalam pusat....

    ReplyDelete
  3. salam..adakah appendiks boleh menyebabkan keputihan dan kegatalan pada bahagian kemaluan kaum wanita?

    ReplyDelete
  4. kenapa masih ada doktor yang kurang prihatin????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

    ReplyDelete
  5. ada 1 cerita tentang doktor yang kurang prihatin. pesakit sakit perut,n bjumpa doktor di sebuah klinik. doktor check-up n hanya beri ubat masuk angin. Sedangkan pesakit sedang mangalami apendik tahap kritikal. Akhirnya x lama kemudian pesakit maut tanpa diberi rawatan yang sepatutnya. Salah kah doktor kerana kurang prihatin?????? Memandang remeh pada pesakit..

    ReplyDelete
  6. saya sering berasa sakit di pinggang di bahagian kanan...tapi saya takut untuk mendapatkan rawatan...tetapi sebaik sahaja saya membaca perkara yang berkaitan dengan tanda-tanda sakit appendix ternyata saya mengalami simptom tersebut...contohnya rasa sakit yang amat ketika bergegar...contohnya semasa kreta yang saya naiki terlanggar lubang...saya juga sukar untuk meluruskan kaki ketika pinggang saya sedang sakit...tetapi perkara tersebut tidak kerap berlaku...cuma kini saya sering mengalami sakit pinggang di bahagian kanan...adakah saya menghidap appendix?????

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau awak x pasti dan ragu2 untuk check di klinik, lebih baik awak buat medical chek di hospital pakar

      Delete
  7. macamana kalau kesakitan dirasai hanya sekejap ? tapi menusuk . dan tak sampai 1jam pon . mengiring dan tydo . bangun dye ok.

    ReplyDelete
  8. budak umur setahun pun boleh kena appendik ke?????

    ReplyDelete
    Replies
    1. x kot, sbb permakanan budak berumur satu tahun masih terjaga, kecuali la ibu bapa beliau memberi makan makanan yg kasar seperti cili2 yg tidak di kisar sepenuh nya,,,

      Delete
  9. Bagaimana cara doktor boleh mengesan appendik. Adakah cukup dengan hanya menguji sample darah atau perlu melalui endoscopy atau scan?

    ReplyDelete
  10. Saya mengalami pening di bahagian atas mata kiri, mual n rasa sakit bahagian kanan abdomen.. Adakah tanda2 yg saya alami ini sebahagian dari simptom apendiks? TQ

    ReplyDelete
  11. cmne nak elakkan drpd terkena apendiks ekk?

    ReplyDelete
  12. zila


    bln lpas sya kna skit prut ,dn dokter ckp sya kna skit appendik dn di than di wad mla2 sya dah nk kna opret tpi esok nya tk jdi sbb prut sya dh tk skit ,sya nk tnya adakah skit appendik nie leh baik sndri tnpa membuat pmbedahan

    ReplyDelete
  13. saya dapati pusat saya bengkak dan ada sedikit timbul bulat macam bernanah di dalam pusat

    ReplyDelete
  14. hari ini genap 4 hari saya sakit perut..saya sudah berjumpa doktor dan cek air kencing dan doktor cakap tidak ada masalah..semua ok..masalah nya terdapat cecairan darah keluar dari kemaluan..sedangkan tempoh period saya sudah berlalu..

    ReplyDelete
  15. selain dr operate...ade x rawatan lain @ ubat yg blh digunakan utk sakit ini

    ReplyDelete
  16. as'salam nak tanye,sye b'umur 14 thun..
    sye brase skit di sblh pnggang kanan dan terasa menyusuk2..
    dan ssh untuk b'jln..
    adkh sye mmpunyai simtem untuk skit appendix???

    ReplyDelete
  17. sye skrg niw usus saya d luar badan,,akibat apendik pecah,,,,,,,,skrang sye nk tye brape bln doktor spatutnye akn msok blik usus sye,,,,sekrg sye da 6 bln menderita usus dkt luar,,,,,adakh merbahaye apabila d masukn kembali,,,,

    ReplyDelete
  18. salam,saya ingin bertanya,sakit appendix boleh berlaku disebelah kiri sahaja atau boleh berlaku di disebelah kanan atau kiri?

    ReplyDelete
  19. dah 3 hari saya rasa sakit tapi sebelah kiri abdomen lebih2 lag bila bangun dari duduk. Buang air besar normal tapi rasanya dah 3 hari belum buang angin.

    ReplyDelete
  20. Siapa rasa sakit cepat pergi bedah, tak sakit pun !

    ReplyDelete
  21. salam. saya baru sahaja menjalani operation membuang apendik krn sblum ni doktor suspek aya mengalami apenditicis. tetapi selepas operation dijalankan mereka mendapati apendik normal. tetapi salur apendik tetap di buang. saya ingin bertanya mengapa selepas 16 hari slpas operation masih terasa sakit di bahagian kanan perut saya?

    ReplyDelete
  22. Asalamualaikum... ini pengalaman saya, beberapa hari lepas saya baru sahaja menjalani pembedahahn apendik di Hospital Putrajaya, sebelum ini saya sering mengalami sakit perut dan gastrik, setiap kali ke hospital doktor hanya membuat pemeriksaan biasa dan memberi ubat angin... alhamdulilah.. baru2 ini saya disahkan hamil 5 minggu tetapi apabila kandungan mencecah enam minggu perut saya terasa sakit dan saya telah pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan, saya memaklumkan kepada doktor tentang sakit yang saya alami, apabila doktor scan perut saya memang ada kantung baby (baru enam minggu, blum nampak baby) doktor tak dapat nak pastikan sebab sakit perut yang saya alami, lalu saya dihantar ke wad kecemasan putrajaya, disana perut saya di scan skali lagi... waktu scan ternampak seperti ada dua kantung baby di dalam dan diluar rahim, namun dokte meminta untuk menunggu selama 48 jam iaitu lebih kurang 2 hari untuk diperiksa semula kandungan saya.. selepas 2 hari perut saya di scan lagi, masih ada lagi kantung di dalam dan diluar rahim, dokter mengatakan saya mengandung di dalam dan di luar rahim, kandungan di luar perlu dibuang kerana ia amat bahaya jika diteruskan dan kemungkinan salah satu drp tiup rahim juga akan dibuang.. saya sangat hiba dan sedih, saya hanya berdoa dan berserah pada ALLAH agar kandungan saya selamat.. pada jam 8.00 malam 5/okt/2012 saya telah dimasukkan ke bilik pembedahan. saya diberi bius satu badan... kira2 jam 2 pagi saya sedar daripada pembedahan, dan dimaklumkan oleh suami yang apendik saya telah dibuang kerana ia telah membengkak dan sekiranya tidak dibuang boleh meragut nyawa saya, ya ALLAH saya amat bersyukur kerana telah memberi petanda awal kepada saya.. kalau tidak ia akan membesar dan mengganggu kandungan dan kesihatan saya.. saya berasa ada hikmahnya saya mengndung awal kerana sebelum ini anak pertama saya dilahirkan secara ceaser dan dan sekarang baru berumur 1 tahun 8 bulan.. mungkin kalau saya tak mengandung sekarang dokter tak dapat nak tau saya ada apendix sebab setiap kali sakit perut dokte hanya akan bagi ubat.. kandungan saya sekarang masih selamat, 2 minggu lagi kena pg scan untuk tengok pembesaran baby, harap baby dalam perut saya akan membesar dengan sehat selama 9 bulan tanpa masalah dan harap dapat lahirkan baby dengan normal kali ini. itu adalah pengalaman saya.. sekian terima kasih..

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum,

    Ada doktor yang tanya semula kepada ibubapa pesakit anak mereka sakit apa. macam tiada pendapat sendiri yang pesakit itu sakit sebab apa.

    ReplyDelete
  24. salam~
    saya nak bertanya satu soalan. pesakit mengalami high fever tetapi pesakit mempunyai acute appendicitis. so, adakah pesakit memerlukan paracetamol and then kenapa?

    ReplyDelete
  25. Saya mengalami appendix seawal usia 6thun pde thun 1997.. Sakit mmg tramat sgt smpi sye muntah2.. Pde mle ibu sye bawa ke klinik swasta dan blik hanya berbekalkan ubat sapu,panadol & angin sje sbb doktor 2 ckp sye xde ape2.. Slps 2 hari,muka sye naik biru mngkin dsbbkan menahan kskitan.. Ibu sye trus bwk ke hospital Kajang n trus dmsukkan ke wad.. Mlm 2 juga sye dbedah.. Ibu sye ckp appendix 2 hampir pecah & boleh mnyebabkan kematian..
    p/s : jgn ambik mudah dgn semua penyakit !

    ReplyDelete
  26. haii saya amat2 risau sebab sebelum nie tunang saya tak pernah ckp dia ade apendix tp dlm 2 hari nie dia muntah2 tp doktor ckp dia gastrik last2 dia kena hantar kat hospital sbb ader apendix disini saya nak tahu tempoh sembuh dr operation berapa lama?pemakanan lepas operation macam mane maksud saya pantang larang.

    ReplyDelete
  27. appendix akan kena semula ke jika pernah melakukan pembedahan?

    ReplyDelete
  28. Sy dh g jmp doctor dihkl ktnya angin sdngkn sy rs skt prt thp nk mati dah

    ReplyDelete