
Sistem Respiratori (Chronic Obstructive Pulmonary Disease)
Pengenalan dan epidemiologi
Penyakit sistem pernafasan COPD merupakan penyakit yang sentiasa memerlukan perhatian dalam bidang perubatan dan merupakan sebab keempat kemasukkan dalam hospital. COPD disebabkan penyempitan saluran pernafasan yang kronik. Ia juga boleh menunjukkan tanda-tanda saluran pernafasan yang terlalu aktif.
Merokok merupakan penyebab utama penyakit COPD. Paling kerap di hidapi oleh kaum lelaki berbanding dengan wanita dan ia meningkat dengan usia. Penyakit ini boleh bertambah teruk dan menyebabkan kematian.
Apakah tanda-tanda dan gejala COPD?
Ia bergantung kepada peringkat penyakit:
- Susah bernafas sewaktu melakukan aktiviti sederhana/rehat
- Batuk berkahak berpanjangan
- 'Wheezing' (bunyi seperti wisel semasa menghembus nafas) semasa melakukan aktiviti sederhana
- Ciri-ciri kegagalan paru-paru dan jantung bengkak menyebabkan paru-paru berair dan bengkak kaki