Tuesday, February 3, 2009

Tuberculosis (TB)

Apakah Tuberculosis (TB)?

TB adalah penyakit berjangkit yang serius.Ia selalunya menyerang peparu. Ia disebarkan daripada seorang individu kepada individu yang lain melalui titisan kecil yang terbebas di udara. Bagaimanapun, kebanyakan daripada individu yang dijangkiti bakteria penyebab TB tidak selalunya menunjukkan simptom-simptom jangkitan.

Biarpun rawatan TB kini semakin maju, ia masih menjadi penyakit utama yang menyebabkan kematian di seluruh dunia terutama di negara-negara Afrika dan Asia. Dianggarkan sekurang-kurangnya 2 juta pesakit menemui maut setiap tahun disebabkan oleh penyakit TB.

Sejak dari tahun 1980-an, kes-kes TB yang dilaporkan kian meningkat. Antara faktor penyumbang keadaan ini adalah disebabkan oleh wabak HIV/AIDS dan juga kewujudan sesetengah bacteria TB yang berkebolehan menentang rawatan TB.

Simptom – Simptom

Walaupun badan kita mungkin dijangkiti bakteria penyebab TB, sistem immuniti kita selalunya akan bertindak pantas bagi menghalang penyakit ini daripada menjangkiti sistem badan kita. Oleh sebab itu, doktor lazimnya akan mengelaskan dua jenis penyakit TB melalui beberapa perbezaan:


  1. TB Tidak Aktif (Latent TB) : dalam keadaan ini, anda sebenarnya dijangkiti TB tetapi bakteria penyebab TB yang berada dalam badan anda bersifat tidak aktif dan anda tidak akan menunjukkan simptom-simptom jangkitan TB.TB Tidak Aktif tidak berupaya untuk merebak.

  2. TB Aktif (Active TB) : dalam kondisi ini, jangkitan TB menyebabkan penyakit dan berupaya untuk merebak.


Tanda-tanda dan simptom TB Aktif termasuk :

  • Hilang berat badan secara tiba-tiba
  • Keletihan
  • Demam
  • Berpeluh di waktu malam
  • Merasa sejuk
  • Hilang selera makan

TB selalunya menyerang peparu. Diantara tanda-tanda jangkitan TB pada peparu adalah :
  • Batuk yang berterusan selama 3 minggu atau lebih
  • Batuk berdarah
  • Sakit dada semasa bernafas atau semasa batuk

TB juga boleh menjangkiti organ- organ dan bahagian lain dalam badan kita (contoh : buah pinggang, otak, tulang belakang). Apabila TB menjangkiti organ lain selain daripada peparu, symptom dan tanda yang ditunjukkan adalah berbeza. Sebagai contoh : TB Buah Pinggang – kencing berdarah, TB Tulang Belakang – sakit belakang.

Bilakah anda perlu berjumpa Doktor?

Anda dinasihatkan untuk berjumpa doktoranda sekiranya anda mempunyai simptom- simptom seperti berikut :


  • Demam
  • Hilang berat badan secara tiba-tiba
  • Berpeluh pada waktu malam
  • Batuk yang berlarutan

Simptom-simptom di atas lazimnya berkait rapat dengan jangkitan TB, tetapi mungkin juga disebabkan oleh masalah kesihatan yang lain. Bagaimanapun selalunya beberapa ujian kesihatan akan dibuat untuk memastikan ia adalah disebabkan oleh jangkitan TB.

Faktor Penyebab TB

TB disebabkan oleh sejenis bakteria, Mycobacteruim Tuberculosis. Bakteria ini akan tersebar daripada seorang individu kepada individu yang lain melalui titisan kecil yang tersebar di udara ketika pesakit yang menghidapi TB Aktif bersin, batuk, bercakap, menyanyi ataupun ketawa.



Walaupun TB bersifat merebak, ianya tidak mudah untuk untuk menjangkiti individu lain. Lazimnya individu yang mudah dijangkiti adalah individu yang sering terdedah kepada ahli keluarga ataupun rakan sekerja yang menghidap TB Aktif. Bagaimanapun, pesakit TB Aktif yang menjalani rawatan rapi selama sekurang-kurangnya 2 minggu, tidak lagi menyebarkan bakteria TB.

Faktor Pendorong
  1. Sistem immuniti yang rendah : beberapa faktor yang menyebabkan sistem immunity yang rendah adalah seperti : penyakit- penyakit yang memusanahkan sistem immuniti (cth : HIV/AIDS, diabetes, sakit buah pinggang kronik, beberapa kes kanser, sakit peparu silicosis) , pengambilan corticosteroid, beberapa ubat merawat arthritis, ubat kemoterapi dan ubat – ubat lain yang merendahkan immuniti.
  2. Hubungan rapat : berhubung rapat dengan pesakit TB Aktif dalam jangka masa yang lama. Maka kemungkinan untuk dijangkiti adalah besar jika pesakit TB adalah dikalangan ahli keluarga, rakan sebilik, teman rapat atau rakan sekerja.
  3. Negara epidemik: Penduduk di negara-negara epidemik TB seperti sub-Saharan Africa, India, China, Kepulauan Asia Tenggara, Soviet Union adalah lebih terdedah kepada penyakit TB.
  4. Umur : Golongan orang tua adalah lebih terdedah kepada penyakit TB kerana sistem immunity yang kian rendah.
  5. Penggunaan ubat dan alkohol : penggunaan dalam jangkamasa yang panjang boleh merendahkan sistem immunity menyebabkan mudahnya diserang penyakit TB.
  6. Kurang Nutrisi : diet yang tidak seimbang dan rendah kalori menjadikan anda mudah dijangkiti TB.
  7. Kurangnya penjagaan kesihatan
  8. Bekerja di kawasan yang sesak dengan pengudaraan yang kurang baik.
  9. Pekerja-pekerja kesihatan seperti doktor, jururawat dan lain-lain yang sentiasa berhubung rapat dengan pesakit. Dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah keselamatan.

Komplikasi

TB boleh menyebabkan maut sekiranya pesakit tidak mendapat rawatan yang baik.

TB lazimnya menyerang peparu tetapi ia juga boleh menyerang organ lain melalui saluran darah. Komplikasi selalunya berbeza menurut lokasi bakteria penyebab TB :

  • Peparu rosak : jika TB yang menjangkiti peparu tidak dirawat dengan baik secepat yang mungkin.
  • Kesakitan dan kerosakan sendi : sekiranya Tb menyerang tulang.
  • Meningitis : sekiranya TB menyerang lapisan meninges otak dan sistem saraf.
  • Miliary TB : TB yang merebak keseluruh anggota badan.


Langkah Berjaga-Jaga

TB adalah penyakit yang boleh dielakkan. Cara terbaik adalah dengan memastikan pesakit-pesakit TB mendapatkan rawatan sepenuhnya bagi mengelakkan penyebaran penyakit kepada orang awam. Bagaimanapun, langkah berjaga-jaga masih boleh diambil oleh orang awam bagi mengelakkan diri anda dari dijangkiti TB.Antara langkah-langkahnya tersebut adalah :


  • Pastikan sistem immuniti anda dalam keadaan yang baik dan bagus. Diet yang sihat, tidur yang cukup, senaman yang konsisten dapat menyumbang kepada sistem immuniti yang baik.
  • Menjalankan ujian kesihatan terutama bagi mereka yang mempunyai penyakit yang berkaitan dengan sistem immuniti yang rendah.
  • Jika anda disahkan menghidap TB Tak Aktif, ambillah langkah berjaga-jaga. Lazimnya, doktor akan menasihati anda untuk mengambil ubatan bagi mengelakkan anda dijangkiti TB Aktif yang lebih teruk dan berkebolehan merebak.
  • Jika anda adalah pesakit TB, pastikan rawatan yang anda ambil adalah efektif bagi mengelakkan diri anda dan orang awam dijangkiti penyakit TB.

Bagi mengelakkan keluarga dan rakan-rakan anda dijangkiti TB yang menjangkiti anda, langkah-langkah berikut boleh diambil :

  • Elakkan keluar dari rumah dan tidur bersama orang lain sekiranya anda berada dalam rawatan TB Aktif untuk beberapa minggu pertama
  • Pastikan pengudaraan yang baik di sekeliling anda.
  • Tutup mulut anda dengan tisu jika anda bersin, batuk atau gelak. Pastikan tisu dibuang dengan baik bagi mengelakkan jangkitan pada orang lain.
  • Rawatan selalunya akan mengambil masa dua hingga tiga minggu agar TB yang menjangkiti anda tidak lagi merebak. Pastikan anda menutup mulut dengan topeng mulut dll sepanjang tempoh tersebut.

sumber : www.mayoclinic.com

penterjemah : ismisyakila

12 comments:

  1. salam.. sy ingn brtanya, adkh ssorg brkemungkinn melakukan pmbedahan untk mmbuang virus TB? adkah ini mrupkn rwtan trakhir dsebabkn jangkitn yg serius?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam tidak perlu dibedah...tiada dlm medical yng pesakit tb dibedah untuk rawatan....hanya perlu makan ubat utk tempoh 6-9 bln

      Delete
  2. penyakit TB juga disebabkan imun sistem badan yg tidak kuat, jadi sebagai langkah pencegahan atau rawatan, apakah makanan yg dapat membantu untuk tingkatkan daya imun dalam badan...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut sunnah nabi...insyaallah slmt....amalkan susu kambing...susu kambing dpt tingkatkan imun sistem

      Delete
  3. Saya baru disahkan menghidap penyakit tb dkt kulit paru2...doc ckp tkperlu kuarantin...mcm mana tu...

    ReplyDelete
  4. kalu disahkan doktor menghidap tb..tapi x simptom2 kena pa harus dilakukan..doktor just tgk x-ray sja slpas 1 tahun..n x-ray sblun n slpas berlainan...

    ReplyDelete
  5. ibu mertua sy disahkan tb aktifm 2minggu lalu..dan saya bru sahaja menjalani xray dan disuntik cecair di lengan..masalah sekarang..menjelang 2hri selepas disuntik tanda merah kesan suntikan jelas kelihatan dan bila di tekan terasa keras dan sakit..adakah saya juga dijangkiti tb...

    ReplyDelete
  6. virus tb hanya memerlukan pesakit dirawat dengan fasa rawatan ubat selama 6 hingga 9 bulan.

    tb juga bergantung pada status kahak, jika status kahak negatif lazimnya xmemerlukan kuarantin.

    ujian sutik cecair tu dinamakan montoux test.. tanda gelembung tak semestinya Tb, ia mempunyai bacaan tertentu untuk di diagnos tb. selain itu tb tidak boleh hanya beragntung pd montoux test, ujian x-ray dan kahak juga perlu dilakukan

    ReplyDelete
  7. saya ingin bertanya , jika menarik nafas panjang dada akan berasa sakit , tapi batuk teruk tiada . cuma batuk-2 biasa . dan apabila posisi badan bergerak terlalu kuat dada akan berasa sakit . adakah itu tb ? tapi cuma dada sebelah kiri sahaja yg sakit .

    ReplyDelete
  8. Anak saya di diagnose Tb tulang .Apakah perlu di bedah untuk buang nanah ?

    ReplyDelete
  9. kawan sy menghidapi TB ini,sy agak risau dengan keselamatan diri sy. bagaimana untuk mengelakkan sy diri terkene jangkitan ini???ada x mkn or vitamin or ubat yg bleh menguatkan diri sy diri terkena jangkitan ini???

    ReplyDelete
  10. adakah sakit tb boleh berulang....knapa ssetengah org dikenakn suntikn di punggung selama 2 bulan.

    ReplyDelete