Saturday, January 16, 2010

Cirit-birit


Apakah itu cirit -birit?

Cirit-birit adalah masalah sistem pencernaan yang disebabkan oleh :
  • jangkitan kuman seperti virus,bakteria dan parasit
  • alahan makanan
  • ubat-ubatan
  • pengawet makanan
  • pemakanan kimia
Organisma yang boleh menyebabkan cirit-birit berlaku ialah melalui pemakanan makanan dan air yang tercemar. Di anggarkan terdapat 4000 juta kes cirit-birit yang berlaku di seluruh dunia pada tahun 1996 yang menyebabkan 2.5 juta kematian.

Tanda-tanda

Bagaimana saya mengetahui yang saya mengalami cirit- birit?

Cirit-birit didefinasikan sebagai najis yang lembut atau berair yang lebih kerap dan banyak daripada biasa. Ia akan diikuti dengan tanda-tanda lain seperti :
  • Sakit dan kekejangan perut
  • Loya dan muntah
  • Keletihan
  • Demam

Komplikasi

Adakah cirit -birit berbahaya?

Cirit-birit yang teruk mengakibatkan dehidrasi (kekeringan akibat kehilangan air) dan sekiranya mengandungi darah ia dikenali sebagai disenteri. Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kematian.

Rawatan

Apakah yang harus saya lakukan sekiranya saya mengalami cirit -birit?

Kebanyakan kes cirit- birit akan pulih dengan sendirinya tanpa rawatan. Untuk mencegah dehidrasi dan mengurangkan tanda-tanda cirit -birit, lakukan seperti berikut :
  • Minum banyak air.
  • Tambahkan makanan separa pejal dan kurang serat dengan beransur-ansur
  • Elakkan produk tenusu, makanan berlemak, tinggi serat dan bahan makanan yang mempunyai bahan pengawet yang tinggi.
  • Elakkan kafein dan alkohol.
Jika cirit-birit berterusan sekurang-kurangnya seminggu atau jika anda mengalami dehidrasi atau najis yang mengandungi darah, sila berjumpa doktor.
Tanda-tanda dehidrasi adalah :
  • Haus yang berlebihan
  • Mulut dan kulit kering
  • Kurang atau tiada air kencing
  • Keletihan yang teruk
  • Pitam
  • Kulit menjadi gelap

Jika doktor mengesahkan cirit-birit disebabkan ubatan / pemakanan, anda perlu hentikannya.
Doktor akan memberikan antibiotik jika cirit-birit disebabkan parasit atau bakteria. Tetapi ia tidak berkesan dalam jangkitan virus .

Pencegahan

Apakah yang boleh saya lakukan untuk mencegah cirit-birit?

Berikut adalah cara-cara mencegah jangkitan cirit-birit:
  • Cuci tangan sebelum makan
  • Makan makanan semasa masih panas, yang disediakan dan dimasak dengan betul.
  • Elakkan daripada makan buah-buahan, sayur-sayuran yang belum dibasuh dan elakkan dari makan makanan tenusu atau daging mentah. Basuh sayuran dengan bersih atau makan buah-buahan yang telah di kupas .
  • Elakkan makan makanan yang anda alah dan ubatan yang menyebabkan cirit birit.
  • Minum air dari bekalan air bersih, dibotolkan atau air yang telah dimasak. Elakkan minum minuman keras dan berkafein kerana cirit- birit boleh bertambah teruk.
Nurul Ihsan binti Nasiruddin.

No comments:

Post a Comment