Tuesday, February 3, 2009

Demam Chikungunya

Apakah Demam Chikungunya?

Demam Chikungunya (Chikungunya Fever) adalah penyakit yang disebabkan oleh virus yang dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk pembawa virus. Virus Chikungunya mula dijumpai pada tahun 1953 di Tanzania melalui seorang pesakit yang mengalami demam. Sejak dari itu, Chikungunya telah menjadi wabak penyakit yang menjangkiti penduduk disekitar Afrika dan Asia dan yang terbaru dibeberapa tempat di negara Eropah.

Apakah penyebab Demam Chikungunya?



Demam Chikungunya dalah disebabkan oleh sejenis virus yang dikategorikan sebagai genus Alphavirus dalam keluarga Togaviridae.

Bagaimanakah manusia boleh dijangkiti oleh virus Chikungunya?



Manusia dijangkiti virus Chikungunya melalui gigitan nyamuk yang membawa virus tersebut, Aedes aegypti. Nyamuk ini selalunya mendiami bekas air yang bertakung dan aktif di waktu siang. Nyamuk ini menjadi vektor utama pembawa virus Chikungunya kerana sifatnya yang lebih tertarik kepada manusia. Antara spesis nyamuk lain yang juga berkemungkinan bertindak sebagai pembawa virus adalah dari spesis Aedes albopictus.

Apakah langkah berjaga-jaga yang perlu diambil bagi mengelakkan dari dijangkiti virus Chikungunya?

Cara terbaik bagi mengelakkan dijankgkiti virus ini adalah dengan memastikan diri anda bebas dari gigitan nyamuk.

Terbaru, masih tiada vaksin mahupun ubatan yang mampu mengelakkan diri anda dari dijangkiti virus ini. Langkah berjaga-jaga lazimnya adalah sama seperti penyakit virus lain yang dibawa oleh nyamuk eg: Denggi dan West Nile. Antaranya adalah :

  • Gunakan krim penghalau nyamuk yang mengandungi DEET, Picaridin, minyak lemon eucalyptus atau IR3535 pada kulit yang terdedah. Pastikan anda sentisa mengikuti arahan yang terdapat pada bungkusan tersebut.
  • Memakai pakaian berlengan panjang dan berseluar panjang bagi mengelak gigitan nyamuk.
  • Menutup semua pintu dan tingkap bagi mengelakkan nyamuk dari memasuki rumah anda.
  • Elakkan takungan air di sekeliling rumah seperti pelapik pasu, tayar, botol-botol, bekas-bekas takungan air dan sebagainya.
  • Bagi pesakit yang dijangkiti Chikungunya, elakkan diri anda dari digigit oleh nyamuk bagi mengelakkan merebaknya virus Chikungunya kepada orang lain di dalam rumah anda melalui pembawaan nyamuk.


Bagaimanakah virus Chikungunya merebak?

Virus Chikungunya terdapat di dalam darah pesakit yang dijangkiti virus ini. Apabila nyamuk mengigit dan menghisap darah pesakit tersebut, virus tadi akan turut menjangkiti nyamuk. Nyamuk kini berperanan sebagai pembawa virus yang apabila menggigit orang lain, virus tersebut akan turut dipindahkan kepada pesakit baru.

Apakah kesan jangkitan virus Chikungunya?


Virus Chikungunya akan menyebabkan kelesuan dan antara tanda-tandanya adalah demam, sakit kepala, keletihan, muntah, kegatalan, sakit otot dan sakit sendi.

Jangkitan virus Chikungunya 'senyap' juga kadangkala berlaku dimana pesakit tidak menunjukkan tanda-tanda jangkitan biarpun sebenarnya dijangkiti virus ini. Bagaimana kes biasanya berlaku masih tidak diketahui

Jangkitan virus Chikungunya dijangka dapat membina immuniti sepanjang hayat pesakit yang pernah dijangkiti penyakit ini.

Demam Chikungunya Akut biasanya berakhir selepas beberapa hari atau sekurang-kurangnya 2 minggu. Berbeza dengan Denggi, West Nile Fever dan o'nyong-nyong fever yang selalunya keletihan pesakit berpanjangan sehingga beberapa minggu lamanya.

Bagaimanapun, pesakit kadangkala mengadu sakit-sakit sendi hanya berakhir selepas beberapa minggu atau bulan.

Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk Demam Chikungunya berlaku?

Tanda-tanda Demam Chikungunya akan muncul selepas 2-12 hari selepas terkena gigitan nyamuk pembawa virus Chikungunya. Bagaimanapun ia lazimnya muncul antara selang masa 3-7 hari.

Adakah wanita mengandung boleh dijangkiti virus ini dan adakah virus ini boleh menjangkiti bayi dalam kandungan ataupun melalui penyusuan ibu?

Wanita mengandung boleh dijangkti virus ini pada bila-bila masa sepanjang tempoh mengandung. Simptom-simptom jangkitan adalah sama dengan individu biasa. Dalam kebanyakan kes, is tidak menjangkiti bayi dalam kandungan.

Walaubagaimanapun, kemungkinan untuk bayi dijangkiti adalah besar sekiranya virus ini dikesan didalam darah ibu semasa proses melahirkan bayi. Kes keguguran semasa semester pertama kandungan bagaimanapun jarang dilaporkan. Wanita mengandung boleh mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan diri dari terkena gigitan nyamuk pembawa.

Dan sehingga sekarang tiada bukti menyatakan virus ini boleh merebak kepada bayi melaui penyusuan ibu.

Apakah kadar kematian yang dikaitkan dengan Demam Chikungunya?

Maut disebabkan oleh Demam Chikungunya adalah jarang sekali dilaporkan. Bagaimanapun kematian selalunya dikaitkan dengan pesakit yang sudah tua yang berimmuniti rendah.

Apakah rawatan Demam Chikungunya?

Sehingaa kini masih tida lagi vaksin mahupun ubatan yang mampu mencegah jangkitan virus Chikungunya. Rawatan selalunya adalah merangkumi rawatan simptom-simptom yang diadu oleh pesakit. Antara rawatan adalah : rehat, cecair dan ubatan bagi melegakan demam dan kegatalan seperti ibuprofen, naproxen, acetaminophen atau paracetamol. Aspirin seharusnya dielakkan. Pesakit perlu mengelakkan diri dari digigit oleh nyamuk untuk mengelakkan daripada virus Chikungunya merebak melalui nyamuk pembawa.

Sumber : www.cdc.gov
Penterjemah : ismisyakila

Tuberculosis (TB)

Apakah Tuberculosis (TB)?

TB adalah penyakit berjangkit yang serius.Ia selalunya menyerang peparu. Ia disebarkan daripada seorang individu kepada individu yang lain melalui titisan kecil yang terbebas di udara. Bagaimanapun, kebanyakan daripada individu yang dijangkiti bakteria penyebab TB tidak selalunya menunjukkan simptom-simptom jangkitan.

Biarpun rawatan TB kini semakin maju, ia masih menjadi penyakit utama yang menyebabkan kematian di seluruh dunia terutama di negara-negara Afrika dan Asia. Dianggarkan sekurang-kurangnya 2 juta pesakit menemui maut setiap tahun disebabkan oleh penyakit TB.

Sejak dari tahun 1980-an, kes-kes TB yang dilaporkan kian meningkat. Antara faktor penyumbang keadaan ini adalah disebabkan oleh wabak HIV/AIDS dan juga kewujudan sesetengah bacteria TB yang berkebolehan menentang rawatan TB.

Simptom – Simptom

Walaupun badan kita mungkin dijangkiti bakteria penyebab TB, sistem immuniti kita selalunya akan bertindak pantas bagi menghalang penyakit ini daripada menjangkiti sistem badan kita. Oleh sebab itu, doktor lazimnya akan mengelaskan dua jenis penyakit TB melalui beberapa perbezaan:


  1. TB Tidak Aktif (Latent TB) : dalam keadaan ini, anda sebenarnya dijangkiti TB tetapi bakteria penyebab TB yang berada dalam badan anda bersifat tidak aktif dan anda tidak akan menunjukkan simptom-simptom jangkitan TB.TB Tidak Aktif tidak berupaya untuk merebak.

  2. TB Aktif (Active TB) : dalam kondisi ini, jangkitan TB menyebabkan penyakit dan berupaya untuk merebak.


Tanda-tanda dan simptom TB Aktif termasuk :

  • Hilang berat badan secara tiba-tiba
  • Keletihan
  • Demam
  • Berpeluh di waktu malam
  • Merasa sejuk
  • Hilang selera makan

TB selalunya menyerang peparu. Diantara tanda-tanda jangkitan TB pada peparu adalah :
  • Batuk yang berterusan selama 3 minggu atau lebih
  • Batuk berdarah
  • Sakit dada semasa bernafas atau semasa batuk

TB juga boleh menjangkiti organ- organ dan bahagian lain dalam badan kita (contoh : buah pinggang, otak, tulang belakang). Apabila TB menjangkiti organ lain selain daripada peparu, symptom dan tanda yang ditunjukkan adalah berbeza. Sebagai contoh : TB Buah Pinggang – kencing berdarah, TB Tulang Belakang – sakit belakang.

Bilakah anda perlu berjumpa Doktor?

Anda dinasihatkan untuk berjumpa doktoranda sekiranya anda mempunyai simptom- simptom seperti berikut :


  • Demam
  • Hilang berat badan secara tiba-tiba
  • Berpeluh pada waktu malam
  • Batuk yang berlarutan

Simptom-simptom di atas lazimnya berkait rapat dengan jangkitan TB, tetapi mungkin juga disebabkan oleh masalah kesihatan yang lain. Bagaimanapun selalunya beberapa ujian kesihatan akan dibuat untuk memastikan ia adalah disebabkan oleh jangkitan TB.

Faktor Penyebab TB

TB disebabkan oleh sejenis bakteria, Mycobacteruim Tuberculosis. Bakteria ini akan tersebar daripada seorang individu kepada individu yang lain melalui titisan kecil yang tersebar di udara ketika pesakit yang menghidapi TB Aktif bersin, batuk, bercakap, menyanyi ataupun ketawa.



Walaupun TB bersifat merebak, ianya tidak mudah untuk untuk menjangkiti individu lain. Lazimnya individu yang mudah dijangkiti adalah individu yang sering terdedah kepada ahli keluarga ataupun rakan sekerja yang menghidap TB Aktif. Bagaimanapun, pesakit TB Aktif yang menjalani rawatan rapi selama sekurang-kurangnya 2 minggu, tidak lagi menyebarkan bakteria TB.

Faktor Pendorong
  1. Sistem immuniti yang rendah : beberapa faktor yang menyebabkan sistem immunity yang rendah adalah seperti : penyakit- penyakit yang memusanahkan sistem immuniti (cth : HIV/AIDS, diabetes, sakit buah pinggang kronik, beberapa kes kanser, sakit peparu silicosis) , pengambilan corticosteroid, beberapa ubat merawat arthritis, ubat kemoterapi dan ubat – ubat lain yang merendahkan immuniti.
  2. Hubungan rapat : berhubung rapat dengan pesakit TB Aktif dalam jangka masa yang lama. Maka kemungkinan untuk dijangkiti adalah besar jika pesakit TB adalah dikalangan ahli keluarga, rakan sebilik, teman rapat atau rakan sekerja.
  3. Negara epidemik: Penduduk di negara-negara epidemik TB seperti sub-Saharan Africa, India, China, Kepulauan Asia Tenggara, Soviet Union adalah lebih terdedah kepada penyakit TB.
  4. Umur : Golongan orang tua adalah lebih terdedah kepada penyakit TB kerana sistem immunity yang kian rendah.
  5. Penggunaan ubat dan alkohol : penggunaan dalam jangkamasa yang panjang boleh merendahkan sistem immunity menyebabkan mudahnya diserang penyakit TB.
  6. Kurang Nutrisi : diet yang tidak seimbang dan rendah kalori menjadikan anda mudah dijangkiti TB.
  7. Kurangnya penjagaan kesihatan
  8. Bekerja di kawasan yang sesak dengan pengudaraan yang kurang baik.
  9. Pekerja-pekerja kesihatan seperti doktor, jururawat dan lain-lain yang sentiasa berhubung rapat dengan pesakit. Dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah keselamatan.

Komplikasi

TB boleh menyebabkan maut sekiranya pesakit tidak mendapat rawatan yang baik.

TB lazimnya menyerang peparu tetapi ia juga boleh menyerang organ lain melalui saluran darah. Komplikasi selalunya berbeza menurut lokasi bakteria penyebab TB :

  • Peparu rosak : jika TB yang menjangkiti peparu tidak dirawat dengan baik secepat yang mungkin.
  • Kesakitan dan kerosakan sendi : sekiranya Tb menyerang tulang.
  • Meningitis : sekiranya TB menyerang lapisan meninges otak dan sistem saraf.
  • Miliary TB : TB yang merebak keseluruh anggota badan.


Langkah Berjaga-Jaga

TB adalah penyakit yang boleh dielakkan. Cara terbaik adalah dengan memastikan pesakit-pesakit TB mendapatkan rawatan sepenuhnya bagi mengelakkan penyebaran penyakit kepada orang awam. Bagaimanapun, langkah berjaga-jaga masih boleh diambil oleh orang awam bagi mengelakkan diri anda dari dijangkiti TB.Antara langkah-langkahnya tersebut adalah :


  • Pastikan sistem immuniti anda dalam keadaan yang baik dan bagus. Diet yang sihat, tidur yang cukup, senaman yang konsisten dapat menyumbang kepada sistem immuniti yang baik.
  • Menjalankan ujian kesihatan terutama bagi mereka yang mempunyai penyakit yang berkaitan dengan sistem immuniti yang rendah.
  • Jika anda disahkan menghidap TB Tak Aktif, ambillah langkah berjaga-jaga. Lazimnya, doktor akan menasihati anda untuk mengambil ubatan bagi mengelakkan anda dijangkiti TB Aktif yang lebih teruk dan berkebolehan merebak.
  • Jika anda adalah pesakit TB, pastikan rawatan yang anda ambil adalah efektif bagi mengelakkan diri anda dan orang awam dijangkiti penyakit TB.

Bagi mengelakkan keluarga dan rakan-rakan anda dijangkiti TB yang menjangkiti anda, langkah-langkah berikut boleh diambil :

  • Elakkan keluar dari rumah dan tidur bersama orang lain sekiranya anda berada dalam rawatan TB Aktif untuk beberapa minggu pertama
  • Pastikan pengudaraan yang baik di sekeliling anda.
  • Tutup mulut anda dengan tisu jika anda bersin, batuk atau gelak. Pastikan tisu dibuang dengan baik bagi mengelakkan jangkitan pada orang lain.
  • Rawatan selalunya akan mengambil masa dua hingga tiga minggu agar TB yang menjangkiti anda tidak lagi merebak. Pastikan anda menutup mulut dengan topeng mulut dll sepanjang tempoh tersebut.

sumber : www.mayoclinic.com

penterjemah : ismisyakila

Radang Peparu (Bronchitis)


Apakah Radang Peparu (Bronchitis)?

Pernahkan anda merasakan apabila anda terdedah kepada suhu yang sejuk, dada anda mula merasakan kesakitan dan anda mula batuk. Dan ini diikuti pula dengan kesejukan yang mula menggamit dan akhirnya demam?

Apabila anda berhadapan dengan simptom-simptom di atas anda mungkin di jangkiti 'acute bronchitis' atau Radang Peparu Akut. Acute bronchitis adalah keadaan di mana dinding yang melapisi saluran pernafasan utama peparu anda terkena jangkitan atau keradangan.


Kebanyakan kes Acute Bronchitis pulih dalam masa beberapa hari tanpa kesan-kesan yang teruk biarpun batuk kadangkala berpanjangan buat beberapa ketika. Tetapi awas, jika simptom bronchitis anda berulang, anda di nasihatkan untuk berjumpa dengan doktor anda. Anda mungkin menghadapi masalah kesihatan yang lebih serius (seperti Asthma ataupun Chronic Bronchitis) yang memerlukan perhatian doktor.

Simptom - Simptom

Batuk yang mengeluarkan kahak (sputum) berwarna kuning-kekelabuan atau hijau adalah salah satu dari tanda-tanda utama bronchitis.

Apabila saluran pernafasan utama di jangkiti radang, ia akan menghasilkan mucus (cairan lendir) yang tidak berwarna dalam jumlah yang banyak ketika anda batuk. Apabila ia berlarutan sehingga 3 bulan atau lebih, ia akan di rujuk sebagai Chronic Bronchitis (Radang Peparu yang Kronik).

Mucus yang berwarna selain daripada putih atau jernih mungkin memberi tanda bahawa anda menghidapi jangkitan lain selain bronchitis.

Simptom bronchitis adakalanya mengelirukan. Sebagai contoh :

  • Kita mungkin tidak mengeluarkan kahak walaupun di jangkiti bronchitis.
  • Kanak-kanak pula selalunya akan menelan kembali kahak yang keluar bersama-sama batuk menyebabkan ibu bapa terlepas pandang akan keradangan.
  • Perokok pula biasanya membersihkan tekak mereka setiap pagi selepas bangun dari tidur menyebabkan terlepas pandang kehadiran kahak tersebut.

Keadaan - keadaan seperti ini biasanya menyebabkan kita merasakan bahawa kita sihat seperti biasa walhal sebenarnya tidak.

Antara simptom lain adalah :

  1. Sakit dada – lazimnya pesakit menggambarkan rasa sakit itu seakan rasa hangat (burning pain)
  2. Sakit tekak
  3. Sesak dada
  4. Rongga tersumbat
  5. Tidak boleh bernafas
  6. Nafas yang termengah-mengah
  7. Demam dan kesejukan
  8. Lesu badan


Faktor Penyebab

Acute Bronchitis (Radang Peparu Akut)

  • Virus yang menyebabkan selesema juga boleh menjadi penyebab jangkitan radang peparu.
  • Anda juga boleh menghidap bronchitis akibat dari terdedah kepada asap rokok, pencemaran, habuk rumah dan kabut.
  • Bronchitis juga boleh berlaku sekiranya asid daripada perut mengalir semula ke dalam saluran makanan. Kondisi ini di kenali sebagai Gastroesophageal Reflux Disease (GERD).
  • Pekerja yang terdedah kepada habuk dan asap juga mudah di jangkiti bronchitis yang mana mereka lazimnya akan pulih dengan sendiri sekiranya tidak lagi terdedah kepada faktor penyebab. Kes ini dinamakan Occupational Bronchitis.


Chronic Bronchitis (Radang Peparu Kronik)

Apabila keradangan dan penebalan lapisan yang melapisi salur pernafasan bersifat kekal, keadaan ini di kenali sebagai Chronic Bronchitis.

Simptom Chronic Bronchitis antaranya adalah :

  • Nafas yang pendek
  • Batuk berterusan bersama pengeluaran kahak yang banyak


Anda dianggap menghidapi Chronis Bronchitis sekiranya anda mengalami episod batuk yang berterusan selama sekurang-kurangnya 3 bulan, dalam masa 2 tahun berturut-turut.

Berbeza dengan Acute bronchitis, Chronic Bronchitis adalah penyakit yang lebih serius. Merokok merupakan penyebab utama penyakit ini.

Walaubagaimanapun, pendedahan kepada udara yang tercemar, habuk dan gas toksik juga boleh menyumbang kepada penyakit ini. Dalam beberapa kes, jangkitan kronik pada saluran pernafasan boleh menyebabkan jangkitan Asthma.

Faktor Pendorong

Perokok dan orang di sekeliling mereka adalah antara yang berisiko tinggi untuk dijangkiti kedua-dua Acute dan Chronic Bronchitis.

Antara faktor lain adalah :

  • Sistem ketahanan / immuniti yang rendah
  • Gastroesophageal Reflux Disease (GERD) – asid perut yang mengalir semula ke dalam salur makanan.
  • Perkerjaan yang terdedah kepada penyebab bronchitis (contoh : habuk, bahan kimia dsb)


Bilakah anda perlu berjumpa dengan doktor?

Kebanyakan kes bronchitis pulih dengan sendirinya sekiranya anda :

  • mengambil rehat yang cukup
  • meminum air yang banyak
  • mengelakkan diri daripada terdedah dengan asap rokok memastikan pengudaraan yang baik di rumah anda (udara yang panas dan lembap)


Anda perlu berjumpa doktor sekiranya :

  • Anda mengalami batuk yang teruk sehingga mengganggu tidur anda
  • Demam yang berlarutan sehingga lebih dari 3 hari (atau demam yang mencecah lebih daripada 101 F), sesak nafas, batuk berkahak yang berwarna kemerahan, kuning atau hijau. (Anda mungkin dijangkiti Penumonia mahupun Asthma.)
  • Anda mempunyai penyakit peparu yang kronik atau jantung yang bermasalah. Keadaan ini meningkatkan risiko anda untuk diserang jangkitan peparu
  • Anda melalui episod bronchitis yang berulang. Dalam kondisi ini anda mungkin menghidap Chronic Bronchitis.

sumber : www.mayoclinic.com

penterjemah : ismisyakila