Hemorrhoid atau Buasir adalah penyakit yang disebabkan oleh pembengkakan atau keradangan salur darah vena di bahagian dubur ( anus) atau akhir usus ( rectum). Buasir selalunya terjadi di sebabkan oleh proses meneran semasa membuang air besar ataupun disebabkan oleh meningkatnya tekanan darah di dalam vena semasa mengandung.
Buasir (hemorrhoid) biasanya menjadi topic yang memalukan jika dibincang ,akan tetapi buasir merupakan penyakit ringan yang kerap berlaku.Setakat ini pelbagai cara rawatan yang berkesan telah ditemui bagi merawat pesakit-pesakit buasir.
SIMPTOM-SIMPTOM
Antara simptom-simptom buasir adalah :
- pendarahan semasa membuang air besar tetapi tiada rasa sakit (warna darah yang cerah dapat dilihat pada tisu tandas ataupun mangkuk tandas)
- gatal-gatal atau beradang
- sakit atau rasa tidak selesa
- bengkak pada sekeliling anus
- ketulan yang menyakitkan disekitar dubur
Biasanya simptom-simptom buasir bergantung pada tempat sama ada buasir dalaman (internal hemorrhoid) ataupun buasir luaran (external hemorrhoid).
Buasir dalaman (internal hemorrhoid):
- di dalam kawasan rektum
- tidak dapat dilihat dan dirasa
- tidak menyebabkan rasa tidak selesa
- jika meneran akan menyebabkan ia berdarah,rasa sakit dan beradang
Buasir luaran (external hemorrhoid) :
- bawah lapisan kulit di sekitar anus
- berdarah atau gatal jika dirangsang
- kadang-kadang boleh menyebabkan darah membeku dan menyebabkan thrombus (darahbeku yang menyumbat salur darah).Kesannya sakit yang teruk,bengkak dan beradang
BILAKAH PERLU BERJUMPA DOKTOR
Pendarahan ketika membuang air besar merupakan tanda utama buasir .Tetapi keadaan ini boleh berlaku pada penyakit lain seperti kanser usus dan kanser anus.Bukan semua pendarahan datang daripada penyakit buasir,oleh sebab itu bejumpalah doktor dengan segera jika ada perubahan pada rutin perkumuhan anda ataupun jika najis kehitaman atau merah pekat atau najis berdarah.Keadaan tinja akan memberikan gambaran tahap pendarahan yang dialami.Rawatan kecemasan perlu jika anda mengalami pendarahan yang terlalu banyak,muntah-muntah,pening,atau tidak sedarkan diri.
FAKTOR PENYEBAB
Salur darah di sekitar anus berpotensi untuk membonjol,bengkak dan kemudiannya pecah.Ini disebabkan oleh tekanan yang tinggi pada salur darah. Tekanan darah yang tinggi disebabkan oleh :
- meneran ketika membuang air besar
- duduk terlalu lama di dalam tandas
- cirit-birit yang teruk atau sembelit
- kegemukan
- mengandung
- golongan berumur kerana salur darah semakin lemah
KOMPLIKASI
Komplikasi yang terjadi akibat dari buasir jarang dilihat tetapi ia boleh terjadi dan ia merangkumi:
- Anemia : Kehilangan darah yang sangat banyak akan menyebabkan anemia(kurang darah merah).Oleh sebab itu kita akan cepat merasa letih dan lemah-lemah badan .
- Dalam sesetengah keadaan pesakit mengalami sakit yang teruk hingga menyebabkan tisu mati atau rosak(gangrene) .
RAWATAN
1) Ubat-ubatan : Jika buasir yang dialami oleh pesakit hanya menyebabkan rasa tidak selesa,doktor akan mencadangkan pesakit menggunakan ubat sapu atau lampin.Ubat-ubat yang diberi oleh doktor mengandungi witch hazel atau hydrocortisone yang boleh melegakan kesakitan dan kegatalan.Pesakit dinasihatkan tidak menggunakan ubat sapu lebih dari seminggu melainkan yang disarankan oleh doktor ,kerana ia akan menyebabkan ruam pada kulit,radang dan kulit menipis.
2)Rawatan yang mudah : Jika ketulan darah terbentuk pada buasir luaran (external hemorrhoid),doktor akan melakuakan torehan yang kecil untuk membuangnya.Rawatan tersebut cepat dan kurang komplikasinya.
3) Doktor akan melakukan rawatan lain jika pendarahan pesakit buasir berterusan ataupun buasir yang menyakitkan antaranya :
- menyekat pendarahan dengan gelang getah yang kecil (Rubber band ligation)
- suntikan untuk mengecutkan tisu di sekitar anus.
- teknik pembekuan.Teknik ini menggunakan laser atau cahaya infrared atau haba.Teknik ini memberi risiko yang tinggi untuk berulang kembali buasir.
4) Kaedah pembedahan : Jika kaedah-kaedah di atas tidak berhasil atau pesakit mengalami buasir yang teruk ,kaedah pembedahan akan disarankan oleh doktor. Antaranya adalah :
- Pembedahan membuang buasir (hemorrhoidectomy) : Doktor bedah akan mengeluarkan lebihan tisu yang menyebabkan pendarahan .Cara ini amat bekesan dan dapat membuang sepenuhnya penyakit buasir,tetapi mempunyai risiko yang tinggi.Antaranya susah membuang air kecil dan jangkitan pada sistem perkumuhan .Kesakitan pembedahan boleh diatasi dengan ubat-ubatan.
- Pencantuman(stapled hemorrhoidectomy atau stapled hemorrhoidopexy) : Ini adalah kaedah menghalang aliran darah ke tisu buasir.Pesakit akan kurang mengalami kesakitan dan boleh kembali bekerja lebih awal.Tetapi risiko kaedah adalah jauh lebih tinggi berbanding hemorrhoidectomy,seperti risiko penyakit berulang dan rektum pecah .Berbincanglah dengan doktor anda mengenai rawatan yang terbaik untuk merawat buasir.
SELEPAS PEMBEDAHAN
Penjagaan selepas pembedahan peting untuk mengurangkan kesakitan pembedahan dan juga bagi megelakkan penyakit buasir berulang kembali. Antaranya penjagaan yang perlu ialah :
- Menggunakan krim untuk buasir
- Pastikan kawasan anus sentiasa dibersihkan dengan air suam.Sabun tidak diperlukan kerana mungkin akan menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk
- menggunakan ais bagi mengurangkan kesakitan pada anus
- Jangan menggunakan kertas tandas yang kering dan tidak berbau wangi dan beralkohol.
- Mengambil ubat penahan sakit seperti acetaminophen(Tylenol) aspirin atau ibuprofen dan mesti mendapat kelulusan daripada doktor bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.
GAYA HIDUP DAN PENCEGAHAN
- Makan makanan berfiber tinggi.Makan buah-buahan ,sayur-sayuran dan bijirin berserat tinggi untuk memudahkan pembuangan air besar.
- Minum air yang banyak.Minum air 6-8 gelas air setiap hari .Elakkan alkohol.
- Makanan tambahan berasaskan fiber seperti Metamucil dan Citrucel membantu melegakan simptom dan pendarahan buasir .Produk ini melembutkan tinja dan memudahkan ia keluar. Jika anda menggunakan makanan tambahan tersebut ,pastikan anda minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari,jika tidak anda akan mengalami sembelit atau menyebabkan sembelit bertambah teruk.
- Jangan meneran.Meneran dan menahan nafas ketika membuang air besar menyebabkan tekanan yang tinggi pada salur darah dibawah rektum.
- Jangan bertangguh untuk membuang air besar.Jika anda melengah-lengahkannya,tinja akan kering dan susah dikumuh dan seterusnya akan menyebabkan sembelit.
- Bersenam.Bersenam dapat mengurangkan tekanan pada salur darah yang menyebabkan buasir dan ia juga dapat mengurangkan berat badan.
- Elakkan berdiri atau duduk terlalu lama.Duduk terlalu lama terutamanya di dalam tandas akan meningkatkan tekanan salur darah pada anus.