Friday, February 13, 2009

BUASIR (HEMORRHOID)

BUASIR


Hemorrhoid atau Buasir adalah penyakit yang disebabkan oleh pembengkakan atau keradangan salur darah vena di bahagian dubur ( anus) atau akhir usus ( rectum). Buasir selalunya terjadi di sebabkan oleh proses meneran semasa membuang air besar ataupun disebabkan oleh meningkatnya tekanan darah di dalam vena semasa mengandung.

Buasir (hemorrhoid) biasanya menjadi topic yang memalukan jika dibincang ,akan tetapi buasir merupakan penyakit ringan yang kerap berlaku.Setakat ini pelbagai cara rawatan yang berkesan telah ditemui bagi merawat pesakit-pesakit buasir.


SIMPTOM-SIMPTOM

Antara simptom-simptom buasir adalah :
  • pendarahan semasa membuang air besar tetapi tiada rasa sakit (warna darah yang cerah dapat dilihat pada tisu tandas ataupun mangkuk tandas)
  • gatal-gatal atau beradang
  • sakit atau rasa tidak selesa
  • bengkak pada sekeliling anus
  • ketulan yang menyakitkan disekitar dubur

Biasanya simptom-simptom buasir bergantung pada tempat sama ada buasir dalaman (internal hemorrhoid) ataupun buasir luaran (external hemorrhoid).


Buasir dalaman (internal hemorrhoid):

  • di dalam kawasan rektum
  • tidak dapat dilihat dan dirasa
  • tidak menyebabkan rasa tidak selesa
  • jika meneran akan menyebabkan ia berdarah,rasa sakit dan beradang

Buasir luaran (external hemorrhoid) :

  • bawah lapisan kulit di sekitar anus
  • berdarah atau gatal jika dirangsang
  • kadang-kadang boleh menyebabkan darah membeku dan menyebabkan thrombus (darahbeku yang menyumbat salur darah).Kesannya sakit yang teruk,bengkak dan beradang

BILAKAH PERLU BERJUMPA DOKTOR

Pendarahan ketika membuang air besar merupakan tanda utama buasir .Tetapi keadaan ini boleh berlaku pada penyakit lain seperti kanser usus dan kanser anus.Bukan semua pendarahan datang daripada penyakit buasir,oleh sebab itu bejumpalah doktor dengan segera jika ada perubahan pada rutin perkumuhan anda ataupun jika najis kehitaman atau merah pekat atau najis berdarah.Keadaan tinja akan memberikan gambaran tahap pendarahan yang dialami.Rawatan kecemasan perlu jika anda mengalami pendarahan yang terlalu banyak,muntah-muntah,pening,atau tidak sedarkan diri.

FAKTOR PENYEBAB

Salur darah di sekitar anus berpotensi untuk membonjol,bengkak dan kemudiannya pecah.Ini disebabkan oleh tekanan yang tinggi pada salur darah. Tekanan darah yang tinggi disebabkan oleh :

  • meneran ketika membuang air besar
  • duduk terlalu lama di dalam tandas
  • cirit-birit yang teruk atau sembelit
  • kegemukan
  • mengandung
  • golongan berumur kerana salur darah semakin lemah

KOMPLIKASI

Komplikasi yang terjadi akibat dari buasir jarang dilihat tetapi ia boleh terjadi dan ia merangkumi:

  1. Anemia : Kehilangan darah yang sangat banyak akan menyebabkan anemia(kurang darah merah).Oleh sebab itu kita akan cepat merasa letih dan lemah-lemah badan .
  2. Dalam sesetengah keadaan pesakit mengalami sakit yang teruk hingga menyebabkan tisu mati atau rosak(gangrene) .

RAWATAN




1) Ubat-ubatan : Jika buasir yang dialami oleh pesakit hanya menyebabkan rasa tidak selesa,doktor akan mencadangkan pesakit menggunakan ubat sapu atau lampin.Ubat-ubat yang diberi oleh doktor mengandungi witch hazel atau hydrocortisone yang boleh melegakan kesakitan dan kegatalan.Pesakit dinasihatkan tidak menggunakan ubat sapu lebih dari seminggu melainkan yang disarankan oleh doktor ,kerana ia akan menyebabkan ruam pada kulit,radang dan kulit menipis.

2)Rawatan yang mudah : Jika ketulan darah terbentuk pada buasir luaran (external hemorrhoid),doktor akan melakuakan torehan yang kecil untuk membuangnya.Rawatan tersebut cepat dan kurang komplikasinya.

3) Doktor akan melakukan rawatan lain jika pendarahan pesakit buasir berterusan ataupun buasir yang menyakitkan antaranya :

  • menyekat pendarahan dengan gelang getah yang kecil (Rubber band ligation)
  • suntikan untuk mengecutkan tisu di sekitar anus.
  • teknik pembekuan.Teknik ini menggunakan laser atau cahaya infrared atau haba.Teknik ini memberi risiko yang tinggi untuk berulang kembali buasir.



4) Kaedah pembedahan : Jika kaedah-kaedah di atas tidak berhasil atau pesakit mengalami buasir yang teruk ,kaedah pembedahan akan disarankan oleh doktor. Antaranya adalah :

  • Pembedahan membuang buasir (hemorrhoidectomy) : Doktor bedah akan mengeluarkan lebihan tisu yang menyebabkan pendarahan .Cara ini amat bekesan dan dapat membuang sepenuhnya penyakit buasir,tetapi mempunyai risiko yang tinggi.Antaranya susah membuang air kecil dan jangkitan pada sistem perkumuhan .Kesakitan pembedahan boleh diatasi dengan ubat-ubatan.
  • Pencantuman(stapled hemorrhoidectomy atau stapled hemorrhoidopexy) : Ini adalah kaedah menghalang aliran darah ke tisu buasir.Pesakit akan kurang mengalami kesakitan dan boleh kembali bekerja lebih awal.Tetapi risiko kaedah adalah jauh lebih tinggi berbanding hemorrhoidectomy,seperti risiko penyakit berulang dan rektum pecah .Berbincanglah dengan doktor anda mengenai rawatan yang terbaik untuk merawat buasir.


SELEPAS PEMBEDAHAN

Penjagaan selepas pembedahan peting untuk mengurangkan kesakitan pembedahan dan juga bagi megelakkan penyakit buasir berulang kembali. Antaranya penjagaan yang perlu ialah :


  1. Menggunakan krim untuk buasir
  2. Pastikan kawasan anus sentiasa dibersihkan dengan air suam.Sabun tidak diperlukan kerana mungkin akan menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk
  3. menggunakan ais bagi mengurangkan kesakitan pada anus
  4. Jangan menggunakan kertas tandas yang kering dan tidak berbau wangi dan beralkohol.
  5. Mengambil ubat penahan sakit seperti acetaminophen(Tylenol) aspirin atau ibuprofen dan mesti mendapat kelulusan daripada doktor bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.

GAYA HIDUP DAN PENCEGAHAN


  • Makan makanan berfiber tinggi.Makan buah-buahan ,sayur-sayuran dan bijirin berserat tinggi untuk memudahkan pembuangan air besar.
  • Minum air yang banyak.Minum air 6-8 gelas air setiap hari .Elakkan alkohol.
  • Makanan tambahan berasaskan fiber seperti Metamucil dan Citrucel membantu melegakan simptom dan pendarahan buasir .Produk ini melembutkan tinja dan memudahkan ia keluar. Jika anda menggunakan makanan tambahan tersebut ,pastikan anda minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari,jika tidak anda akan mengalami sembelit atau menyebabkan sembelit bertambah teruk.
  • Jangan meneran.Meneran dan menahan nafas ketika membuang air besar menyebabkan tekanan yang tinggi pada salur darah dibawah rektum.
  • Jangan bertangguh untuk membuang air besar.Jika anda melengah-lengahkannya,tinja akan kering dan susah dikumuh dan seterusnya akan menyebabkan sembelit.
  • Bersenam.Bersenam dapat mengurangkan tekanan pada salur darah yang menyebabkan buasir dan ia juga dapat mengurangkan berat badan.
  • Elakkan berdiri atau duduk terlalu lama.Duduk terlalu lama terutamanya di dalam tandas akan meningkatkan tekanan salur darah pada anus.

Sunday, February 8, 2009

Shingles

SHINGLES

Shingles atau lebih dikenali sebagai 'kayap ular' di kalangan masyarakat Melayu adalah jangkitan virus yang menyebabkan ruam atau kegatalan yang sakit. Ia juga dikenali dengan nama lain sebagai Harpes Zoster. Shingles biasanya menunjukkan lepuhan yang bermula daripada bahagian tengah belakang badan anda, sekitar bahagian tepi dada sehingga ke tulang dada. Lazimnya ia berlaku hanya pada satu bahagian badan sahaja sama ada kanan atau kiri tetapi tidak kedua-duanya. Bahagian-bahagian badan seperti leher, muka dan kulit kepala juga berpotensi untuk berlakunya lepuhan Shingles.



Shingles boleh menyebabkan kesakitan yang amat sangat tanpa diketahui punca dan sebab pada mulanya. Tetapi apabila lepuhan mula keluar di sebelah bahagian badan anda, ia lebih mudah di kesan sebagai Shingles.

FAKTOR PENYEBAB SHINGLES

Shingles disebabkan oleh Varicella-zoster virus, virus yang sama yang menyebabkan Chickenpox (demam campak). Varicella-zoster adalah salah satu virus dari kumpulan Virus Harpes yang boleh menyebabkan penyakit lain seperti kudis buta dan jangkitan kelamin.
Virus - virus ini 'bersembunyi' di dalam sistem saraf selepas jangkitan pertama. Ia bersifat diam tidak aktif sebelum aktif semula selepas beberapa tahun dan menyebabkan jangkitan lain pula berlaku.
Setiap individu yang pernah dijangkiti Chickenpox berpotensi untuk dijangkiti Shingles. Jika immun sistem anda tidak mampu memusnahkan kesemua virus semasa Chickenpox (jangkitan pertama), virus-virus yang tidak musnah tadi akan tertinggal dan 'bersembunyi' di dalam sistem saraf selama beberapa tahun. Kemudian, virus-virus ini menjadi aktif semula dan melewati saraf-saraf dalam badan sehinggalah ia sampai ke kulit dan menghasilkan Shingles (jangkitan kedua).

Penyebab kepada pengulangan jangkitan ini masih tidak diketahui. Tetapi ia mungkin disebabkan oleh immuniti yang kian rendah apabila meningkatnya umur kerana Shingles biasanya berlaku dikalangan golongan lewat dewasa dan pesakit berimmuniti rendah.


SIMPTOM-SIMPTOM
Tanda-tanda dan simptom Shingles termasuklah :
  • Bahagian badan terasa sakit, perit, berdenyut-denyut, kebas dan sangat sensitif pada sentuhan.
  • Ruam merah mula keluar beberapa hari selepas rasa sakit di bahagian tersebut.
  • Lepuhan berisi cecair. Apabila lepuhan tadi pecah, ia akan berkerak.
  • Kegatalan
  • Demam
  • Sakit kepala
  • Sakit perut atau abdomen yang kurang menyenangkan

Selalunya ruam dan lepuhan Shingles berlaku pada sebelah badan sahaja. Ini adalah tanda penting dalam mendiagnos Shingles. Sebagai contoh ia akan timbul bermula dari bahagian tengah belakang badan, tepi dan sehingga ke tulang dada. Ia juga mungkin timbul di leher, muka atau kulit kepala.

Kesakitan adalah simptom pertama Shingles. Pada sesetangah individu, bahagian tersebut mungkin amat sensitif pada sentuhan i.e; sentuhan yang sedikit menyebabkan kesakitan yang amat. Rasa sakit tersebut mungkin boleh di salah tafsir sebagai penyakit lain seperti appendicitis, sakit hempedu ataupun batu karang. Sesetangah pesakit mengalami kesakitan sahaja tanpa ruam yang menyusuli. Simptom seperti ini kadangkala merumitkan proses diagnosis.

Walaupun ruam Shingles menyamai Chickenpox, virus selalunya menyebabkan lebih kesakitan dan kurang rasa gatal berbanding Chickenpox.



KOMPLIKASI

Kesakitan yang berterusan mungkin dirasai oleh 1/5 orang yang dijangkiti Shingles biarpun ruam dan lepuhan sudah pulih sepenuhnya. Kondisi ini dikenali sebagai Posttherpetic Neuralgia.

Apabila anda mengalami Posttherpetic Neuralgia, saraf yang rosak menghantar mesej kesakitan yang salah dan berlebihan daripada kulit ke otak. Ini menyebabkan kulit tersangat sensitif pada sentuhan walaupun sentuhan yang sedikit seperti angin yang bertiup mahupun pakaian yang dipakai. Ubat tahan sakit mungkin boleh membantu mengurangkan rasa sakit sehingga masalah pulih.

Shingles juga boleh menyebabkan komplikasi-komplikasi lain seperti jangkitan pada otak ataupun masalah neurologi yang lain

Jika Shingles timbul di kawasan muka, ia boleh menyebabkan masalah pendengaran dan kebutaan yang sementara atau selama-lamanya. Lumpuh di bahagian muka juga boleh berlaku.

Jika lepuhan tidak dirawat dengan baik, ia boleh menyebabkan jangkitan kuman dan lain-lain masalah kulit.


INDIVIDU BERISIKO

Setiap individu yang pernah dijangikiti Chickenpox adalah berpotensi untuk dijangkiti Shingles. Bagaimanapun ianya biasa berlaku dikalangan golongan lewat dewasa dan orang tua.

Golongan yang mempunyai immuniti yang rendah seperti pesakit HIV/AIDS, pesakit yang menjalani rawatan seperti steroid, kemoterapi atau radiasi, dan juga pesakit yang pernah mengalami kanser tulang ataupun limfa juga amat berpotensi dijangkiti Shingles. Kebanyakan individu hanya akan dijangkiti Shingles sekali seumur hidup namun potesi untuk lebih dari sekali juga ada.

Pesakit Shingles boleh merebakkan Varicella-Zoster virus kepada induvidu lain yang tidak pernah dijangkiti Chickenpox sebelum itu apabila bersentuh secara terus dengan ruam ataupun lepuhan pesakit Shingles. Walaubagaimanapun, individu tersebut akan dijangkiti Chickenpox (jangkitan pertama) dan bukanlah Shingles. Jangkitan akan menjadi lebih teruk jika mempunyai immuniti yang rendah.

Varicella-zoster virus tidak akan merebak kepada individu yang mempunyai immun sistem yang baik dan pernah mengalami Chikenpox.

Jika anda dijangkiti Shingles, elakkan diri anda dari bersentuh dengan individu-individu berikut sehingga lepuhan anda pulih sepenuhnya :

  1. Individu yang belum pernah dijangkiti Chickenpox
  2. Individu yang mempunyai sistem immuniti yang rendah
  3. Bayi baru lahir
  4. Wanita mengandung

BILA PERLU BERJUMPA DOKTOR


Hubungi doktor anda secepat mungkin jika anda disyaki dijangkiti Shingles terutama jika anda mengalami situasi berikut :

  • Kesakitan dan ruam timbul berdekatan dengan mata kerana dikhuatiri akan menjadi buta selama-lamanya jika tidak dirawat.
  • Jika anda atau ahli keluarga anda mempunyai sistem immuniti yang lemah seperti kanser, penyakit serius ataupun mengambil ubatan yang merendahkan sistem immuniti.
  • Ruam merebak luas dan berasa sakit.

sumber : www.mayoclinic.com

penterjemah: ismisyakila

Wednesday, February 4, 2009

APPENDICITIS

RADANG APPENDIK (Appendicitis)

Radang Appendik adalah satu keadaan di mana appedik menjadi bengkak dan bernanah. Appendik biasanya bersaiz jari dan merupakan bahagian yang menonjol pada usus besar yang terletak di sebelah kanan abdomen.


Kesakitan akan mula dirasai pada bahagian pusat dan kemudian beralih ke bahagian bawah kanan abdomen.Biasanya sakit yang dialami berterusan selama 6-12 jam dan menjadi lebih teruk.
Setiap individu berisiko terkena radang appendik tetapi ia lebih kerap terjadi pada mereka yang berusia 10-30 tahun .

FAKTOR PENYEBAB
Antara sebab terjadinya radang appendik masih tidak jelas. Namun ianya mungkin disebabkan oleh :

  • sisa-sisa makanan atau najis yang tersumbat di rongga dinding usus dan appendik
  • jangkitan virus pada sistem pencernaan ataupun radang-radang yang lain .
Pada kedua-dua kes ,ia akan mengakibatkan appendik menjadi radang dan bernanah.Jika tiada rawatan diambil, kemungkinan untuk appendik pecah boleh berlaku.

SIMPTOM - SIMPTOM

Radang appendik menyebabkan beberapa simptom dan berubah mengikut masa.Tetapi bahagian yang sakit adalah berbeza-beza bergantung pada umur dan kedududkan appendik seseorang seperti :
  • Peringkat awal (simptom yang kerap berlaku) : kesakitan mula dirasai pada bahagian pusat dan kemudiannya akan terasa hingga ke bahagian bawah kanan abdomen.
  • Jika radang merebak ke tisu sekitar, kesakitan lebih menusuk dan semakin teruk.
  • Loya dan muntah-muntah
  • hilang selera makan
  • sembelit
  • sukar membuang angin
  • cirit-birit
  • bengkak pada abdomen
  • demam
Kesakitan yang teruk mungkin dirasai biarpun apabila abdomen disentuh secara lembut.Ia akan menyebabkan kesakitan yang berulang-ulang.Keadaan ini juga dapat dirasai jika kita batuk,berjalan ataupun keadaan yang bergegar.Kesakitan dapat dikurangkan jika kita mengiring atau duduk di mana lutut menghadap dada.

BILA PERLU BERJUMPA DOKTOR

Kanak-kanak lebih cederung untuk mengalami kondisi appendik pecah berbanding golongan dewasa.Kanak-kanak biasanya tidak menunjukkan simptom-simptom yang jelas dan ibu bapa mungkin memgambil ringan tanpa sebarang rawatan .Atas situasi tersebut ,jangan mengambil mudah jika anak anda mengalami sakit perut yang tidak serius,dinasihatkan terus membawa mereka berjumpa doktor bagi memastikan tahap kesihatan mereka .

Golongan dewasa juga tidak terkecuali jika mereka melambat-lambatkan pemeriksaan dan rawatan daripada doktor.

KOMPLIKASI


  1. APPENDIK PECAH : Komplikasi yang sangat serius adalah apabila appendik menjadi pecah.Kandungan dalam usus dan organisma-organisma yang membawa jangkitan akan menyerang kawasan abdomen .Ini akan menyebabkan jangkitan pada lapisan yang meliputi kawasan pencernaan.Apabila appedik menjadi pecah,pesakit terasa lebih sihat dari sebelumya secara tiba-tiba.Tetapi kemudiannya,keseluruhan kawasan abdomen akan kembung dengan gas dan cecair.Pesakit akan merasai tidak selesa,tegang dan sakit jika disentuh.Pesakit juga akan mengalami sakit pada kawasan tertentu di abdomen. Pesakit juga akan tidak mampu membuang angin dan mennyahtinja disebabkan radang tersebut. Lain-lain yang dapat dilihat adalah demam,dahaga dan air kencing yang sedikit.

  2. PERITONITIS : Peritonitis atau radang pada dinding abdomen biasanya perut, adalah kes kecemasan. Jika salah seorang ahli keluarga anda mengalaminya, maka perlulah merujuk kepada bahagian kecemasan secepat mungkin sebelum ia menjadi lebih kronik. Appendik akan menjadi bengkak dan bernanah. Ia mungkin mencapai saiz sebesar badam atau sebesar buah limau. Rawatan adalah penting sebelum ia menjadi lebih kronik(peritonitis).

RAWATAN



PEMBEDAHAN adalah rawatan terbaik untuk pesakit radang appendik. Pesakit memerlukan pembedahan bagi membuang appendik (Appendectomy) yang hanya melibatkan torehan yang kecil pada abdomen. Rawatan tersebut memberikan pemulihan yang segera dan bekas pembedahan yang sedikit.

Jika appendik pesakit telah pecah, jangkitan yang sudah merebak ataupun bengkak bernanah, pesakit akan dibedah dengan torehan yang besar supaya pakar bedah dapat membersihkan bahagian abdomen.Pesakit akan diberi antibiotik melalui salur darah dan ditahan diwad sehingga sihat.

Jika simptom yang dialami sudah melewati 5 hari atau lebih, selalunya doktor akan memberi antibiotik untuk mengurangkan radang yang dialami dan jangkitan pada bahagian sekitar appendik. Ia selalunya akan menjadi bengkak dan bernanah. Melalui cara ini (antibiotik), bengkak akan di kuranglan terlebih dahulu dan nanah akan dikeluarkan melalui kulit.Jika cara tersebut berjaya, pembedahan membuang appendik biasannya dilakukan dua bulan selepas itu.

sumber : www.mayoclinic.com

penterjemah : nadzira ghazali

ASTHMA

ASTHMA


Asthma terjadi apabila laluan pernafasan pada peparu (bronchial tubes) membengkak dan terjerut. Otot-otot pada laluan pernafasan menegang dan menghasilkan lebihan lendir atau lebih di kenali sebagai hingus(mucous) yang boleh menghalang laluan pernafasan anda. Tanda-tanda dan simptom-simptom adalah mengikut peringkat asthma,daripada tahap yang menghasilkan bunyi yang mendesah(minor wheezing) sehinggalah kepada tahap yang boleh mengancam nyawa kepada pesakit asthma.

Asthma tidak boleh disembuhkan, tetapi simptom-simptomnya boleh dikawal. pengurusan termasuklah menjauhi dan mengesan punca yang boleh menyebabkan anda diserang asthma.anda mungkin memerlukan pengambilan rawatan jangka masa panjang untuk mencegah radang menjadi lebih teruk. Dan juga rawatan jangka masa pendek(kecemasan) untuk mengawal simptomnya apabila diserang asthma.
Asthma adalah sesuatu yang tidak boleh dikawal yang boleh membantutkan urusan seharian pesakit, contohnya terpaksa meninggalkan kelas,kerja dan lain-lain kerana simptom-simptom itu. Pesakit asthma perlu untuk sentiasa mendapatkan nasihat doktor yang merawat dan diberitahu rawatan yang dperlukan.

SIMPTOM-SIMPTOM
Tanda-tanda dan simptomnya adalah berbeza mengikut peringkat kurang membimbangkan(minor) sehinggalah kepada peringkat yang sudah teruk(severe). Dan ia juga berbeza bagi setiap pesakit. Anda mungkin mengalami desahan(bernafas yang menghasilkan bunyi seperti siulan) yang tidak teratur kerana serangan asthma yang kadang-kadang.Namun ketika tidak diserang, anda berasa normal dan tidak bermasalah untuk bernafas seperti biasa. Mungkin juga anda mempunyai tanda-tanda dan simptom-simptom seperti batuk-batuk dan desahan sepanjang masa atau lebih ketara pada waktu malam atau ketika bersenam.

TANDA-TANDA DAN SIMPTOM
  1. pernafasan yang pendek
  2. sakit-sakit dada
  3. sukar untuk tidur kerana permasalahan pada pernafasan yang pendek, batuk atau desahan
  4. bunyi desahan(seakan siulan) yang kuat ketika menghembuskan nafas sehingga boleh didengar
  5. batuk dan desahan yang menjadi lebih teruk ketika dijangkiti virus pada sistem pernafasan seperti selsema, mahupun demam

Tanda-tanda Asthma mungkin bertambah teruk seperti :

  1. serangan asthma yang semakin teruk apabila kekerapan mendapat serangan bertambah
  2. kerap kali memerlukan alat untuk mengendurkan otot-otot pada laluan pernafasan.(untuk membuka laluan pernafasan)

dapatkan nasihat doktor anda untuk kembalikan tahap asthma yang tidak membimbangkan yang boleh dikawal.Jika serangan asthma masih lagi bertambah buruk, anda berkemungkinan untuk dimasukkan ke rawatan kecemasan.



PUNCA-PUNCA


Ia tidak dapat dikenalpasti dengan tepat kenapa sesetengah orang mendapat serangan asthma dan sesetengah lagi tidak. Tetapi ia mungkin berpunca daripada gabungan beberapa faktor seperti persekitaran dan genetik(inherited)serangan asthma adalah berbeza bergantung pada individu tersebut. Terdedahnya pada pelbagai alahan dan sebagainya boleh menjadi penyebab.Antaranya :

  • alahan pada objek yg berada di udara, seperti debunga, mold(sejenis parasit),lipas,hama dan habuk-habuk.
  • jangkitan pernafasan sperti selsema
  • aktiviti fizikal
  • pencemaran udara seperti asap rokok
  • sesetengah ubatan, termasuk B blocker, aspirin, dan NSAID(ubat anti-radang bukan steroid)
  • cuaca yang sejuk
  • gangguan emosi dan stress
  • bahan ber'sulfite', bahan pengawet
  • GERD(gastroesophageal reflux disease) yang mana keadaannya apabila pengaliran semula acid dari dalam perut naik ke saluran makanan (esophagus)
  • putaran haid bagi sesetengah perempuan
  • alahan kepada makanan seperti kekacang dan makanan laut.

INDIVIDU BERISIKO DISERANG ASTHMA

Asthma adalah perkara biasa yang menyerang jutaan dewasa dan kanak-kanak. Pertambahan bilangan pesakit asthma yang dikenalpasti meningkat dari tahun ke tahun tanpa dapat diketahui puncanya yang tepat. Individu yang mempunyai risiko diserang Asthma adalah seperti :

  1. latar belakang ahli keluarga yang pernah mengalami asthma
  2. jangkitan pernafasan yang selalu terjadi pada kanak-kanak
  3. terdedah kepada asap rokok
  4. persekitaran udara yang tercemar
  5. pekerjaan yang terdedah kepada bahan-bahan yang boleh menyebabkan asthma, seperti pekerja-pekerja yang menggunakan bahan kimia
  6. kurang berat badan ketika lahir
  7. berat badan yang berlebihan

BILA PERLU BERJUMPA DOKTOR

  1. JIKA ANDA BERASA ANDA MUNGKIN SEBENARNYA ADALAH PESAKIT ASTHMA : Jika anda kerap batuk yang berpanjangan lebih daripada beberapa hari, ataupun mengalami tanda-tanda dan simptom-simptom asthma, perlulah berjumpa doktor. Rawatan awal terutamanya kanak-kanak dapat menghalang kerosakan peparu dan menghalang daripada keadaan Asthma bertambah buruk.
  2. UNTUK MENGAWAL KEADAAN ASTHMA YANG TELAH DIKENALPASTI : Jika anda sudah mengenal pasti keadaan kesihatan anda, anda perlu sentiasa bekerjasama dengan doktor anda supaya Asthma yang mnyerang sentiada dalam keadaan terkawal. Kawalan yang baik bukan sahaja boleh memberikan anda keselesaan dalam kehidupan seharian, malah boleh menghalang daripada serangan Asthma di tahap yang kritikal.
  3. APABILA SIMPTOM ASTHMA SEMAKIN TERUK : Hubungi doktor anda secepat mungkin jika ubatan yang biasa anda guna tidak berkesan. Asthma boleh berubah mengikut peralihan masa.jangan cuba untuk mengambil ubatan lain atau menambah sukatan ubat tanpa arahan daripada doktor. Sukatan ubatan untuk penyakit Asthma boleh menyebabkan kesan sampingan dan mungkin boleh menyebabkan Asthma bertambah buruk.

KOMPLIKASI

  1. terpaksa di masukkan ke bilik rawatan kecemasan kerana serangan asthma yang teruk
  2. laluan pernafasan yang sempit dan kekal
  3. kesan sampingan akibat penggunaan sesetengah ubatan untuk menstabilkan keadaaan pesakit asthma pada tahap yang kronik dan kritikal

RAWATAN DAN UBATAN


kebanyakan rawatan asthma adalah dengan mengelakkan punca-punca yang boleh menyebabkan pesakit diserang. rawatan adalah berbeza bergantung kepada individu seperti berikut:

1-RAWATAN JANGKA MASA PANJANG:

kebanyakan kes, rawatan seperti ini adalah untuk setiap hari. jenis-jenisnya:

  1. inhaled corticisteroid (ex:Flovent Diskus, Pulmicort, Azmacort,Aerobid)
  2. LABA (long-acting beta-2 agonist (ex:Serevent Diskus, Foradil Aerolizer)
  3. Leukotriene modifier (ex:Singulair, Accolate, Zyflo CR)
  4. Cromolyn dan Nedocromil (Tilade)
  5. Theophylline

2-RAWATAN UNTUK MELEGAKAN DENGAN CEPAT:

Ia juga adalah untuk rawatan kecemasan ketika perlu untuk kesan yang cepat. rawatan ini adalah jika mendapat arahan daripada doktotr terlebih dahulu.jika anda kerap untuk perlu menggunakan rawatan jenis ini, anda mesti menyesuaikan balik rawatan jangka masa panjang anda.jenis-jenis rawatan ini adalah seperti berikut:

  1. short-acting beta-2 agonist (ex:salbutarol)
  2. Ipratropium (Atrovent)
  3. Oral and intravenous corticosteroid (ex:prednisone, methylprednisone)

3-RAWATAN UNTUK MENGURANGKAN ALAHAN ASTHMA:

Rawatan jenis ini adalah untuk mengurangkan sensitiviti badan pada alahan tersebut. atau mengurangkan imuniti badan agar tidak bertindak padaalahan tersebut. Ia termasuklah:

  1. Immunotherapy
  2. Anti-lE monoclonal antibodi (ex:Xolair)

4-RAWATAN DENGAN MENGGUNAKAN ALBUTEROL INHALER : 'HFA inhaler' mempunyai rasa yang berbeza. ia juga kurang tekanan ketika disembur berbanding 'CFC inhaler'ia perlu dibersihkan menggunakan air setiap minggu.

PENCEGAHAN

  1. buat 1 perancangan bersama doktor anda untuk pengambilan ubatan dan cara untuk mengawal asthma
  2. kenalpasti dan elakkan daripada punca-punca anda terkena serangan asthma
  3. pengawasan terhadap pernafasan anda
  4. kenal pasti dan rawatan awal adalah perlu
  5. jangan mengubah perancangan pengambilan ubat walaupun asthma anda semakin terkawal

KEHIDUPAN SEHARIAN

1-ELAKKAN PUNCA-PUNCA DISERANG ASTHMA:

  • penggunaan penghawa dingin (kurangkan terdedah pada persekitaran luar yang tercemar)
  • sentiasa bersihkan perhiasan di rumah
  • memelihara kelembapan optimum
  • pastikan persekitaran sekeliling anda yang biasa anda guna adalah bersih
  • elakkan membela binatang peliharaan berbulu jika anda ada alahan pada bulu

2-SENTIASA SIHAT

  • bersenam
  • berat badan yang terkawal
  • mengawal pengaliran semula acid dari dalam perut

sumber : www.mayoclinic.com

penterjemah : asma_is_me

Tuesday, February 3, 2009

Demam Chikungunya

Apakah Demam Chikungunya?

Demam Chikungunya (Chikungunya Fever) adalah penyakit yang disebabkan oleh virus yang dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk pembawa virus. Virus Chikungunya mula dijumpai pada tahun 1953 di Tanzania melalui seorang pesakit yang mengalami demam. Sejak dari itu, Chikungunya telah menjadi wabak penyakit yang menjangkiti penduduk disekitar Afrika dan Asia dan yang terbaru dibeberapa tempat di negara Eropah.

Apakah penyebab Demam Chikungunya?



Demam Chikungunya dalah disebabkan oleh sejenis virus yang dikategorikan sebagai genus Alphavirus dalam keluarga Togaviridae.

Bagaimanakah manusia boleh dijangkiti oleh virus Chikungunya?



Manusia dijangkiti virus Chikungunya melalui gigitan nyamuk yang membawa virus tersebut, Aedes aegypti. Nyamuk ini selalunya mendiami bekas air yang bertakung dan aktif di waktu siang. Nyamuk ini menjadi vektor utama pembawa virus Chikungunya kerana sifatnya yang lebih tertarik kepada manusia. Antara spesis nyamuk lain yang juga berkemungkinan bertindak sebagai pembawa virus adalah dari spesis Aedes albopictus.

Apakah langkah berjaga-jaga yang perlu diambil bagi mengelakkan dari dijangkiti virus Chikungunya?

Cara terbaik bagi mengelakkan dijankgkiti virus ini adalah dengan memastikan diri anda bebas dari gigitan nyamuk.

Terbaru, masih tiada vaksin mahupun ubatan yang mampu mengelakkan diri anda dari dijangkiti virus ini. Langkah berjaga-jaga lazimnya adalah sama seperti penyakit virus lain yang dibawa oleh nyamuk eg: Denggi dan West Nile. Antaranya adalah :

  • Gunakan krim penghalau nyamuk yang mengandungi DEET, Picaridin, minyak lemon eucalyptus atau IR3535 pada kulit yang terdedah. Pastikan anda sentisa mengikuti arahan yang terdapat pada bungkusan tersebut.
  • Memakai pakaian berlengan panjang dan berseluar panjang bagi mengelak gigitan nyamuk.
  • Menutup semua pintu dan tingkap bagi mengelakkan nyamuk dari memasuki rumah anda.
  • Elakkan takungan air di sekeliling rumah seperti pelapik pasu, tayar, botol-botol, bekas-bekas takungan air dan sebagainya.
  • Bagi pesakit yang dijangkiti Chikungunya, elakkan diri anda dari digigit oleh nyamuk bagi mengelakkan merebaknya virus Chikungunya kepada orang lain di dalam rumah anda melalui pembawaan nyamuk.


Bagaimanakah virus Chikungunya merebak?

Virus Chikungunya terdapat di dalam darah pesakit yang dijangkiti virus ini. Apabila nyamuk mengigit dan menghisap darah pesakit tersebut, virus tadi akan turut menjangkiti nyamuk. Nyamuk kini berperanan sebagai pembawa virus yang apabila menggigit orang lain, virus tersebut akan turut dipindahkan kepada pesakit baru.

Apakah kesan jangkitan virus Chikungunya?


Virus Chikungunya akan menyebabkan kelesuan dan antara tanda-tandanya adalah demam, sakit kepala, keletihan, muntah, kegatalan, sakit otot dan sakit sendi.

Jangkitan virus Chikungunya 'senyap' juga kadangkala berlaku dimana pesakit tidak menunjukkan tanda-tanda jangkitan biarpun sebenarnya dijangkiti virus ini. Bagaimana kes biasanya berlaku masih tidak diketahui

Jangkitan virus Chikungunya dijangka dapat membina immuniti sepanjang hayat pesakit yang pernah dijangkiti penyakit ini.

Demam Chikungunya Akut biasanya berakhir selepas beberapa hari atau sekurang-kurangnya 2 minggu. Berbeza dengan Denggi, West Nile Fever dan o'nyong-nyong fever yang selalunya keletihan pesakit berpanjangan sehingga beberapa minggu lamanya.

Bagaimanapun, pesakit kadangkala mengadu sakit-sakit sendi hanya berakhir selepas beberapa minggu atau bulan.

Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk Demam Chikungunya berlaku?

Tanda-tanda Demam Chikungunya akan muncul selepas 2-12 hari selepas terkena gigitan nyamuk pembawa virus Chikungunya. Bagaimanapun ia lazimnya muncul antara selang masa 3-7 hari.

Adakah wanita mengandung boleh dijangkiti virus ini dan adakah virus ini boleh menjangkiti bayi dalam kandungan ataupun melalui penyusuan ibu?

Wanita mengandung boleh dijangkti virus ini pada bila-bila masa sepanjang tempoh mengandung. Simptom-simptom jangkitan adalah sama dengan individu biasa. Dalam kebanyakan kes, is tidak menjangkiti bayi dalam kandungan.

Walaubagaimanapun, kemungkinan untuk bayi dijangkiti adalah besar sekiranya virus ini dikesan didalam darah ibu semasa proses melahirkan bayi. Kes keguguran semasa semester pertama kandungan bagaimanapun jarang dilaporkan. Wanita mengandung boleh mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan diri dari terkena gigitan nyamuk pembawa.

Dan sehingga sekarang tiada bukti menyatakan virus ini boleh merebak kepada bayi melaui penyusuan ibu.

Apakah kadar kematian yang dikaitkan dengan Demam Chikungunya?

Maut disebabkan oleh Demam Chikungunya adalah jarang sekali dilaporkan. Bagaimanapun kematian selalunya dikaitkan dengan pesakit yang sudah tua yang berimmuniti rendah.

Apakah rawatan Demam Chikungunya?

Sehingaa kini masih tida lagi vaksin mahupun ubatan yang mampu mencegah jangkitan virus Chikungunya. Rawatan selalunya adalah merangkumi rawatan simptom-simptom yang diadu oleh pesakit. Antara rawatan adalah : rehat, cecair dan ubatan bagi melegakan demam dan kegatalan seperti ibuprofen, naproxen, acetaminophen atau paracetamol. Aspirin seharusnya dielakkan. Pesakit perlu mengelakkan diri dari digigit oleh nyamuk untuk mengelakkan daripada virus Chikungunya merebak melalui nyamuk pembawa.

Sumber : www.cdc.gov
Penterjemah : ismisyakila

Tuberculosis (TB)

Apakah Tuberculosis (TB)?

TB adalah penyakit berjangkit yang serius.Ia selalunya menyerang peparu. Ia disebarkan daripada seorang individu kepada individu yang lain melalui titisan kecil yang terbebas di udara. Bagaimanapun, kebanyakan daripada individu yang dijangkiti bakteria penyebab TB tidak selalunya menunjukkan simptom-simptom jangkitan.

Biarpun rawatan TB kini semakin maju, ia masih menjadi penyakit utama yang menyebabkan kematian di seluruh dunia terutama di negara-negara Afrika dan Asia. Dianggarkan sekurang-kurangnya 2 juta pesakit menemui maut setiap tahun disebabkan oleh penyakit TB.

Sejak dari tahun 1980-an, kes-kes TB yang dilaporkan kian meningkat. Antara faktor penyumbang keadaan ini adalah disebabkan oleh wabak HIV/AIDS dan juga kewujudan sesetengah bacteria TB yang berkebolehan menentang rawatan TB.

Simptom – Simptom

Walaupun badan kita mungkin dijangkiti bakteria penyebab TB, sistem immuniti kita selalunya akan bertindak pantas bagi menghalang penyakit ini daripada menjangkiti sistem badan kita. Oleh sebab itu, doktor lazimnya akan mengelaskan dua jenis penyakit TB melalui beberapa perbezaan:


  1. TB Tidak Aktif (Latent TB) : dalam keadaan ini, anda sebenarnya dijangkiti TB tetapi bakteria penyebab TB yang berada dalam badan anda bersifat tidak aktif dan anda tidak akan menunjukkan simptom-simptom jangkitan TB.TB Tidak Aktif tidak berupaya untuk merebak.

  2. TB Aktif (Active TB) : dalam kondisi ini, jangkitan TB menyebabkan penyakit dan berupaya untuk merebak.


Tanda-tanda dan simptom TB Aktif termasuk :

  • Hilang berat badan secara tiba-tiba
  • Keletihan
  • Demam
  • Berpeluh di waktu malam
  • Merasa sejuk
  • Hilang selera makan

TB selalunya menyerang peparu. Diantara tanda-tanda jangkitan TB pada peparu adalah :
  • Batuk yang berterusan selama 3 minggu atau lebih
  • Batuk berdarah
  • Sakit dada semasa bernafas atau semasa batuk

TB juga boleh menjangkiti organ- organ dan bahagian lain dalam badan kita (contoh : buah pinggang, otak, tulang belakang). Apabila TB menjangkiti organ lain selain daripada peparu, symptom dan tanda yang ditunjukkan adalah berbeza. Sebagai contoh : TB Buah Pinggang – kencing berdarah, TB Tulang Belakang – sakit belakang.

Bilakah anda perlu berjumpa Doktor?

Anda dinasihatkan untuk berjumpa doktoranda sekiranya anda mempunyai simptom- simptom seperti berikut :


  • Demam
  • Hilang berat badan secara tiba-tiba
  • Berpeluh pada waktu malam
  • Batuk yang berlarutan

Simptom-simptom di atas lazimnya berkait rapat dengan jangkitan TB, tetapi mungkin juga disebabkan oleh masalah kesihatan yang lain. Bagaimanapun selalunya beberapa ujian kesihatan akan dibuat untuk memastikan ia adalah disebabkan oleh jangkitan TB.

Faktor Penyebab TB

TB disebabkan oleh sejenis bakteria, Mycobacteruim Tuberculosis. Bakteria ini akan tersebar daripada seorang individu kepada individu yang lain melalui titisan kecil yang tersebar di udara ketika pesakit yang menghidapi TB Aktif bersin, batuk, bercakap, menyanyi ataupun ketawa.



Walaupun TB bersifat merebak, ianya tidak mudah untuk untuk menjangkiti individu lain. Lazimnya individu yang mudah dijangkiti adalah individu yang sering terdedah kepada ahli keluarga ataupun rakan sekerja yang menghidap TB Aktif. Bagaimanapun, pesakit TB Aktif yang menjalani rawatan rapi selama sekurang-kurangnya 2 minggu, tidak lagi menyebarkan bakteria TB.

Faktor Pendorong
  1. Sistem immuniti yang rendah : beberapa faktor yang menyebabkan sistem immunity yang rendah adalah seperti : penyakit- penyakit yang memusanahkan sistem immuniti (cth : HIV/AIDS, diabetes, sakit buah pinggang kronik, beberapa kes kanser, sakit peparu silicosis) , pengambilan corticosteroid, beberapa ubat merawat arthritis, ubat kemoterapi dan ubat – ubat lain yang merendahkan immuniti.
  2. Hubungan rapat : berhubung rapat dengan pesakit TB Aktif dalam jangka masa yang lama. Maka kemungkinan untuk dijangkiti adalah besar jika pesakit TB adalah dikalangan ahli keluarga, rakan sebilik, teman rapat atau rakan sekerja.
  3. Negara epidemik: Penduduk di negara-negara epidemik TB seperti sub-Saharan Africa, India, China, Kepulauan Asia Tenggara, Soviet Union adalah lebih terdedah kepada penyakit TB.
  4. Umur : Golongan orang tua adalah lebih terdedah kepada penyakit TB kerana sistem immunity yang kian rendah.
  5. Penggunaan ubat dan alkohol : penggunaan dalam jangkamasa yang panjang boleh merendahkan sistem immunity menyebabkan mudahnya diserang penyakit TB.
  6. Kurang Nutrisi : diet yang tidak seimbang dan rendah kalori menjadikan anda mudah dijangkiti TB.
  7. Kurangnya penjagaan kesihatan
  8. Bekerja di kawasan yang sesak dengan pengudaraan yang kurang baik.
  9. Pekerja-pekerja kesihatan seperti doktor, jururawat dan lain-lain yang sentiasa berhubung rapat dengan pesakit. Dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah keselamatan.

Komplikasi

TB boleh menyebabkan maut sekiranya pesakit tidak mendapat rawatan yang baik.

TB lazimnya menyerang peparu tetapi ia juga boleh menyerang organ lain melalui saluran darah. Komplikasi selalunya berbeza menurut lokasi bakteria penyebab TB :

  • Peparu rosak : jika TB yang menjangkiti peparu tidak dirawat dengan baik secepat yang mungkin.
  • Kesakitan dan kerosakan sendi : sekiranya Tb menyerang tulang.
  • Meningitis : sekiranya TB menyerang lapisan meninges otak dan sistem saraf.
  • Miliary TB : TB yang merebak keseluruh anggota badan.


Langkah Berjaga-Jaga

TB adalah penyakit yang boleh dielakkan. Cara terbaik adalah dengan memastikan pesakit-pesakit TB mendapatkan rawatan sepenuhnya bagi mengelakkan penyebaran penyakit kepada orang awam. Bagaimanapun, langkah berjaga-jaga masih boleh diambil oleh orang awam bagi mengelakkan diri anda dari dijangkiti TB.Antara langkah-langkahnya tersebut adalah :


  • Pastikan sistem immuniti anda dalam keadaan yang baik dan bagus. Diet yang sihat, tidur yang cukup, senaman yang konsisten dapat menyumbang kepada sistem immuniti yang baik.
  • Menjalankan ujian kesihatan terutama bagi mereka yang mempunyai penyakit yang berkaitan dengan sistem immuniti yang rendah.
  • Jika anda disahkan menghidap TB Tak Aktif, ambillah langkah berjaga-jaga. Lazimnya, doktor akan menasihati anda untuk mengambil ubatan bagi mengelakkan anda dijangkiti TB Aktif yang lebih teruk dan berkebolehan merebak.
  • Jika anda adalah pesakit TB, pastikan rawatan yang anda ambil adalah efektif bagi mengelakkan diri anda dan orang awam dijangkiti penyakit TB.

Bagi mengelakkan keluarga dan rakan-rakan anda dijangkiti TB yang menjangkiti anda, langkah-langkah berikut boleh diambil :

  • Elakkan keluar dari rumah dan tidur bersama orang lain sekiranya anda berada dalam rawatan TB Aktif untuk beberapa minggu pertama
  • Pastikan pengudaraan yang baik di sekeliling anda.
  • Tutup mulut anda dengan tisu jika anda bersin, batuk atau gelak. Pastikan tisu dibuang dengan baik bagi mengelakkan jangkitan pada orang lain.
  • Rawatan selalunya akan mengambil masa dua hingga tiga minggu agar TB yang menjangkiti anda tidak lagi merebak. Pastikan anda menutup mulut dengan topeng mulut dll sepanjang tempoh tersebut.

sumber : www.mayoclinic.com

penterjemah : ismisyakila

Radang Peparu (Bronchitis)


Apakah Radang Peparu (Bronchitis)?

Pernahkan anda merasakan apabila anda terdedah kepada suhu yang sejuk, dada anda mula merasakan kesakitan dan anda mula batuk. Dan ini diikuti pula dengan kesejukan yang mula menggamit dan akhirnya demam?

Apabila anda berhadapan dengan simptom-simptom di atas anda mungkin di jangkiti 'acute bronchitis' atau Radang Peparu Akut. Acute bronchitis adalah keadaan di mana dinding yang melapisi saluran pernafasan utama peparu anda terkena jangkitan atau keradangan.


Kebanyakan kes Acute Bronchitis pulih dalam masa beberapa hari tanpa kesan-kesan yang teruk biarpun batuk kadangkala berpanjangan buat beberapa ketika. Tetapi awas, jika simptom bronchitis anda berulang, anda di nasihatkan untuk berjumpa dengan doktor anda. Anda mungkin menghadapi masalah kesihatan yang lebih serius (seperti Asthma ataupun Chronic Bronchitis) yang memerlukan perhatian doktor.

Simptom - Simptom

Batuk yang mengeluarkan kahak (sputum) berwarna kuning-kekelabuan atau hijau adalah salah satu dari tanda-tanda utama bronchitis.

Apabila saluran pernafasan utama di jangkiti radang, ia akan menghasilkan mucus (cairan lendir) yang tidak berwarna dalam jumlah yang banyak ketika anda batuk. Apabila ia berlarutan sehingga 3 bulan atau lebih, ia akan di rujuk sebagai Chronic Bronchitis (Radang Peparu yang Kronik).

Mucus yang berwarna selain daripada putih atau jernih mungkin memberi tanda bahawa anda menghidapi jangkitan lain selain bronchitis.

Simptom bronchitis adakalanya mengelirukan. Sebagai contoh :

  • Kita mungkin tidak mengeluarkan kahak walaupun di jangkiti bronchitis.
  • Kanak-kanak pula selalunya akan menelan kembali kahak yang keluar bersama-sama batuk menyebabkan ibu bapa terlepas pandang akan keradangan.
  • Perokok pula biasanya membersihkan tekak mereka setiap pagi selepas bangun dari tidur menyebabkan terlepas pandang kehadiran kahak tersebut.

Keadaan - keadaan seperti ini biasanya menyebabkan kita merasakan bahawa kita sihat seperti biasa walhal sebenarnya tidak.

Antara simptom lain adalah :

  1. Sakit dada – lazimnya pesakit menggambarkan rasa sakit itu seakan rasa hangat (burning pain)
  2. Sakit tekak
  3. Sesak dada
  4. Rongga tersumbat
  5. Tidak boleh bernafas
  6. Nafas yang termengah-mengah
  7. Demam dan kesejukan
  8. Lesu badan


Faktor Penyebab

Acute Bronchitis (Radang Peparu Akut)

  • Virus yang menyebabkan selesema juga boleh menjadi penyebab jangkitan radang peparu.
  • Anda juga boleh menghidap bronchitis akibat dari terdedah kepada asap rokok, pencemaran, habuk rumah dan kabut.
  • Bronchitis juga boleh berlaku sekiranya asid daripada perut mengalir semula ke dalam saluran makanan. Kondisi ini di kenali sebagai Gastroesophageal Reflux Disease (GERD).
  • Pekerja yang terdedah kepada habuk dan asap juga mudah di jangkiti bronchitis yang mana mereka lazimnya akan pulih dengan sendiri sekiranya tidak lagi terdedah kepada faktor penyebab. Kes ini dinamakan Occupational Bronchitis.


Chronic Bronchitis (Radang Peparu Kronik)

Apabila keradangan dan penebalan lapisan yang melapisi salur pernafasan bersifat kekal, keadaan ini di kenali sebagai Chronic Bronchitis.

Simptom Chronic Bronchitis antaranya adalah :

  • Nafas yang pendek
  • Batuk berterusan bersama pengeluaran kahak yang banyak


Anda dianggap menghidapi Chronis Bronchitis sekiranya anda mengalami episod batuk yang berterusan selama sekurang-kurangnya 3 bulan, dalam masa 2 tahun berturut-turut.

Berbeza dengan Acute bronchitis, Chronic Bronchitis adalah penyakit yang lebih serius. Merokok merupakan penyebab utama penyakit ini.

Walaubagaimanapun, pendedahan kepada udara yang tercemar, habuk dan gas toksik juga boleh menyumbang kepada penyakit ini. Dalam beberapa kes, jangkitan kronik pada saluran pernafasan boleh menyebabkan jangkitan Asthma.

Faktor Pendorong

Perokok dan orang di sekeliling mereka adalah antara yang berisiko tinggi untuk dijangkiti kedua-dua Acute dan Chronic Bronchitis.

Antara faktor lain adalah :

  • Sistem ketahanan / immuniti yang rendah
  • Gastroesophageal Reflux Disease (GERD) – asid perut yang mengalir semula ke dalam salur makanan.
  • Perkerjaan yang terdedah kepada penyebab bronchitis (contoh : habuk, bahan kimia dsb)


Bilakah anda perlu berjumpa dengan doktor?

Kebanyakan kes bronchitis pulih dengan sendirinya sekiranya anda :

  • mengambil rehat yang cukup
  • meminum air yang banyak
  • mengelakkan diri daripada terdedah dengan asap rokok memastikan pengudaraan yang baik di rumah anda (udara yang panas dan lembap)


Anda perlu berjumpa doktor sekiranya :

  • Anda mengalami batuk yang teruk sehingga mengganggu tidur anda
  • Demam yang berlarutan sehingga lebih dari 3 hari (atau demam yang mencecah lebih daripada 101 F), sesak nafas, batuk berkahak yang berwarna kemerahan, kuning atau hijau. (Anda mungkin dijangkiti Penumonia mahupun Asthma.)
  • Anda mempunyai penyakit peparu yang kronik atau jantung yang bermasalah. Keadaan ini meningkatkan risiko anda untuk diserang jangkitan peparu
  • Anda melalui episod bronchitis yang berulang. Dalam kondisi ini anda mungkin menghidap Chronic Bronchitis.

sumber : www.mayoclinic.com

penterjemah : ismisyakila